19.4.08

Jaulah Makam Sekitar Kaherah 2008.

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah Taala kerana memberi peluang untuk menziarahi makam keluarga Nabi SAW dan auliya’ yang berada di sekitar bumi Kaherah yang mana menjadi impian dan hadaf ke dua saya salama lebih kurang 3 tahun berada di sini untuk melawat dan menziarai makam-makam auliya’ terutamanya makam Imam As-Syafie yang merupakan pengasas mazhab As-Syafie. Ini adalah pengalaman kedua saya menziari makan auliya’ dan pertama menziarahi makam Imam As-Syafie.

Bumi mesir ini terkenal dengan gelaran “bumi anbiya’ dan auliya’” kerana ianya menyimpan pelbagai kisah para anbiya’ dan ulama’ bagi menyebarkan risalah Islam. Mengimbas sejarah lampau, kita dapati kebanyakan para ulama’ yang masyhur lahir dari bumi anbiya’ ini, yang mana Al-Azhar merupakan kiblat ilmu satu ketika dahulu sehinggalah sekarang.

Mengenali dan mendekati para ulama’ akan membuahkan rasa kecintaan kita kepada mereka, maka dengan perasaan cinta dan kasih inilah akan menghidupkan hati yang seakan mati, cinta dan kasih kita kepada mereka merupakan jalinan untuk menuju cinta agung iaitu Allah SWT dan Rasulullah SAW. Hal ini kerana sabda Baginda Nabi SAW:

العلماء ورثة الأنبياء

Program yang dianjurkan oleh DPMT ini, dianggap berjaya kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli. Sebanyak 4 buah coster dan 1 tramco membawa peserta untuk program Jaulah Makam Sekitar Kaherah 2008 kali ini.

Berikut adalah rentetan perjalanan kami.

Tentatif - 18/4/2008:

8.00 pg: Bertolak ke Kaherah.

10.05 pg: Makam pertama adalah makam Sayyidah Zainab, merupakan keturunan ahli bait Rasulullah SAW. Bondanya Sayyidah Nisa’ Al-‘Alamin (Ketua sekalian wanita dialam ini) Sayyidah Fatimah Az-Zahra’, Dilahirkan pada tahun kelima Hijrah iaitu dua tahun selepas kelahiran Saidina Al-Imam Hasan.

10.45 pg: Seterusnya menuju ke makam Sayyidah Nafisah.

Sayyidah Nafisah Binti Al-Imam Hasan Al-Anwar Bin Zaid Al-Ablaj ( Al-Ablaj bermaksud bercahaya) bin Saidina Al-Imam Hasan bin Saidina ‘Ali bin Abi Talib, suami kepada Sayyidah Fatimah Az-Zahra’ anakanda kesayangan Rasulullah SAW.

11.40 pg: Tiba di masjid Sultan Hassan. Masjid ini merupakan benteng pertahanan ketika Mesir diserang oleh tentera Perancis. Disebelah masjid Sultan Hasan ini terdapatnya masjid Ar-Rifai’e. Kami rehat dan solat jumaat di masjid Sultan Hassan dan ziarah masjid Ar-Rifai’e.

2.30ptg: Kami tiba di makam Zaid Ibn Ali Zainal Abidin, masyhur dengan panggilan makam Sidi Ali Zainal Abidin Ibn Husain, Zaid merupakan cucu kepada saidina Husain. Beliau meninggal ketika peperangan karbala.

3.30 ptg: Tiba di makam imam Waqie’, merupakan guru imam Syafie dan seterusnya menuju ke masjid Imam Syafie. Di saat inilah bergetar hatiku tak sabar untuk bertemu dengan pengasas mazhab As-Syafie. Walaupon ianya makam, tetapi aku tetap bersyukur kepada Allah Taala yang mengizinkan semua ini dan kami sempat meluangkan masa untuk membaca yasin, qasidah dan sebagainya kemudian menziarahi makam Syeikh Zakaria Al-Ansori yang berada dalam masjid yang sama.

5.10 ptg: Kami tiba di sekitar makam Syeikh Ibnu ‘Athoillah As Sakandari, Syeikh Asyraf Al Husaini (wali shoghir), Syeikh Abdullah Ibnu Jamrah, tempat khalwat Sayyidah Nafisah dan lain-lain lagi yang berdekatan.

Kemudia kami tiba di masjid yang terletaknya makam Syeikh Sayyidi Ali Wafa r.a, di dalam masjid ini terdapat lebih kurang 12 makam, beliau merupakan dikalangan auliya’ dan banyak kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya, antaranya suatu ketika sungai nil kering pada ketika itu Syeikh Ali ini masih kecil lalu beliau berdoa kepada Allah untuk di naikkan air sungai tersebut, lalu Allah makbulkan doanya.

Sahabat sekalian, jadikanlah Jaulah kita pada kali ini sebagai kekuatan untuk meneruskan perjuangan auliya’ dan anbiya’ seterusnya jadikanlah mereka tauladan dalam meneruskan perjuangan ini. Yakinlah bahawa hanya dengan kesucian Islam dan perjuangannya yang dapat meletakkan kita dalam rahmat dan keredhaan Ilahi. Mudah-mudahan kita digolongkan di dalam golongan yang mendapat maghfirah Ilahi dan mampu menyambung risalah suci para anbiya’ dan ulama’ silam. Insya’Allah.

Wassalam.

9.15 pm

Gambar-Di Masjid Sultan Hassan
Gambar-Di hadapan Masjid Sayyidah Nafisah.

No comments: