31.12.07

-:SELAMAT TAHUN BARU 2008:-



TAHUN 2007 sudah berakhir dan kita mestilah mengimbau kembali kejadian yang berlaku sepanjang tahun tersebut. Perkara yang baik seharusnya dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
Selamat Tahun Baru 2008 diucapkan kepada semua rakan taulan..
Marilah kita bersama-sama memulakan tahun baru dengan minda, azam, semangat dan aspirasi yang satu, iaitu terus melakar kejayaan dan memartabatkan Islam di mata dunia.

Moga berjaya,..


Insyaallah.....

29.12.07


PATAH TUMBUH , HILANG SUKAR DIGANTI

29 Disember 2007 -Pada tarikh inilah tercatat sejarah yang sangat menyedihkan bagi kalangan pelajar Sek Men Agama Al-Hidayah Sg Petani dan bekas pelajar sek. tersebut.Telah kembalinya ke-Rahmatullah seorang guru yang berwibawa besar dalam mendidik pelajar2 khususnya Bahasa Arab.
(Ustaz Shaari Bin Ishak-biodata)-meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak.(lelaki,perempuan)
Kami di sini(mesir),sangat terasa kehilangan beliau kerana ilmunya yang hebat itu tidak sempat dikongsi bersama.Hanya seketika sahaja kami bersama beliau.
semoga rohnya dicucuri Rahmat dan digolongkan bersama orang yang berjasa untuk agama...

amin.......


26.12.07

Milik Siapa Gadis Ini ?

>Perempuan yang ku KASIHI

>adalah pencinta Tuhannya

>yang mengalir cinta, takut dan harap

>yang menguasai perjalanan hidupnya

>setiap masa

>sehingga Dia memanggilnya.

>Perempuan yang aku RINDUI

>adalah perempuan yang di wajahnya

>terpancar sinar nur Ilahi

>lidahnya basah dengan zikrullah

>di sudut hati kecilnya

>sentiasa membesar Allah

>Perempuan yang aku CINTAI

>yang menutup auratnya

>dari pandangan mata ajnabi

>kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya

>biarpun namanya tidak terkenal di bumi

>tetapi di langit, ia disanjung tinggi

>Perempuan yang aku SAYANGI

>bersyukur dengan apa yang ada

>yang bersabar dengan apa yang tiada

>cinta kepada hidup yang sederhana

>yang tidak bermata dunia.

>Perempuan yang aku SUKAI

>adalah sejuk mata memandang

>dek terlihat keluhuran akhlaknya

>menjadi sumber ketenangan jiwa

>bila hati bergelora

>Perempuan yang aku IDAMI

>adalah yang mengingatkan hatiku

>kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim

>bila rohku melupai janji pada Ilahi

>Perempuan yang aku SANJUNGI

>menjadi dian pada dirinya sendiri

>menjadi pelita kepada bakal putera-puteriku

>untuk meneruskan perjuangan

>di kemudian hari

>semoga ........

>perempuan yang selalu berada

>di dalam doaku mejadi kenyataan..

>adakah engkau ?


untuk mu , ____ :


Jadual Harian

Mahasiswa Cemerlang

Cth :-

Masa

Tindakan

Catatan

4.30 pg

Qiamulllail


5.00 pg

Solat Subuh & zikir


6.00 pg

Hafalan al-Quran

1-8 juzuk

7.00 pg

Muraja’ah Kitab Kuliah


9.00 pg

Kuliah (universiti Al-Azhar)


3.00 ptg

Rehat & Aktiviti Persatuan


5.00mlm

I’tikaf Dan Muraja’h Al-Quran


7.00mlm

Muraja’ah Dan Muzakarah Ilmiah


11.30mlm

Syahid seketika


-::Membina Perancangan Masa Depan’::-

Cth :-

2005

Tahun 1


2007 / 2008

Tahun 2


2008 / 2009

Tahun 3


2009 / 2010

Tahun 4

Ijazah pertama

2011

Master

Ijazah kedua

2013

Kerjaya


2014

Kahwin

(kalau org sudila)



-Dengan Keizinan Engkau , yang layak ku ungkapkan…

http://naemovic2.blogspot.com

25.12.07

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

· Apabila mendengar azan , bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

· Bacalah Al Quran atau tatapilah buku - buku , atau pergilah mendengar perkara - perkara yang baik atau
amalkanlah zikirullah dan jangan sama sekali membuang masa kepada perkara -perkara yang tidak
berfaedah.

· Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul.

· Janganlah banyak bertengkar dalam apa jua perkara sekalipun.

· Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.

· Jangan bergurau kerana umat yang senang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh - sungguh dalam semua perkara.

· Jangan bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh pendengar.

· Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan jangan bercakap melainkan apa - apa yang boleh memberi kebajikan.

· Berkenal - kenallah dengan setiap saudara muslim sekalipun tidak meminta untuk berkenalan.

· Kewajipan - kewajipan kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita.


adakan aku boleh melakukan semua ini....?


Manusia & Cinta...


Manusia…

Cinta…

Apakah manusia tanpa cinta…

Dan apakah cinta tanpa manusia…

Cinta…

Ia…perkataan itulah….

Yang mengajar manusia erti kematangan…

Erti…kedewasaan…

Erti…kekecewaan…

Erti…kehampaan…

Erti…pasrahan…

Dan erti-erti…

Lain yang mampu menghiris minda dan jiwa…

Mengapakah manusia harus dicipta untuk mengenali cinta…

Dan mengapakah cinta dicipta untuk lahir di lubuk segala insan…

Aku merindui cinta…

Aku juga takut pada cinta…

Cinta…

Cinta…pernah suatu ketika dulu menjadi teman penghibur laraku…

Dan cinta juga pernah membuatku hilang akal dan diri…

Cinta juga sering kali membuat manusia buta hati…

Cinta juga penyebab banyak maruah terkorban…

Tetapi…

Mengapakah ada yang masih memburu cinta sejati…

Aku sendiri masih mencari segala makna disebalik erti cinta…

Aku letih…

Mentalku penat…

Aku tidak mampu lagi…

Meneruskan perjuangan demi erti cinta…

Setiap perjuanganku selama ini…

Hanya mengundang tetawa ramai…

Mereka memandangku bodoh…

Aku “GAQA’ HINDI” kata mereka…

Namun aku masih pasti…

Cinta sejati…

Cinta yang sesuci embunan pagi…

Masih lagi wujud…

Biarlah meraka mencaci…

Biarlah mereka terus menonton kebodohanku…

Namun…demi ombak kasihku…

Akanku perjuangkan diri ini demi memburu erti cinta…

Walaupun cinta yang ku buru hanyalah…

Sesepi…nian di malam hari…

- kau & aku seiring sejalan..

-::MUTIARA HIKMAH::-


1) 4 Perkara Yang Tidak Diketahui Kadarnya

Hatim berkata : "4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara

1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua

2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala

3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit

4) hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati

2) 4 Perkara Yang Lebih Baik

1) Malu drpd lelaki adalah baik tetapi drpd perempuan lebih baik

2) Adil bagi setiap orang adalah baik tetapi drp pemerintah lebih baik

3) Taubat drpd pemuda adalah baik tetapi drpd orang tua lebih baik

4) Dermawan drpd orang kaya adalah baik tetapi drpd orang miskin lebih baik


3) Kalau Tidak Kerana...

1) Kalau tidak kerana orang saleh, akan hancurlah semua orang jahat

2) Kalau tidak kerana ulama' nescaya akan jadilah semua manusia itu seperti binatang

3) Kalau tidak kerana pemerintah yang baik, akan berpecahlah manusia kepada kehancuran

4) Orang Yang Paling Kuat

"Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat bangun waktu Subuh"

5) Akibat Selalu Kenyang...

"Sesiapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya, siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan sesiapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya"

6) Buah Akal, Iman Dan Fizikal

"Buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa ialah ilmu pengetahuan dan buah fizikal ialah kemajuan. Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota itu melahirkan buah dalam kehidupan"


7) Rugi Meninggi Diri

"Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana memandang luasnya". Ertinya, orang yang meninggi diri, orang tidak akan jatuh hati kepadanya. Sebaliknya orang yang merendah diri dapat mengambil hati orang tanpa bersusah payah.

8) Pahala Percuma

"Apakah kamu rasa kecil dan malu dihina ? Apakah kamu tidak tahu orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah"

9) Bermusuh Dengan Sibijak

"Bemusuhan dengan seorang yang bijak lebih merbahya daripada bersahabat dengan 100 orang yang bodoh" - peribahasa Arab

10) Semulia Manusia

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

11) Kepuasan

"Anda tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi anda boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih" - Ibnu Maqaffa

12) Akhlak Yang Buruk

"Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah" - Wahab Munabih

13) Keadilan

"Keadilan itu syurga bagi orang dizalimi dan neraka bagi penzalim" - Saidina Umar bin Al-Khatab

14) Keadilan Raja

"Keadilan pada diri seorang raja umpama sebentuk mutiara. Meskipun empunya telah mati, mutiara itu tetap bercahaya"

hebat kan?

E R T I KehidupAN

Hidup adalah anugerah, terimalah

Hidup adalah tentangan, hadapilah

Hidup adalah penderitaan, atasilah

Hidup adalah pertandingan, menangkanlah

Hidup adalah kewajiban, jalankanlah

Hidup adalah kesukaan, nikmatilah

Hidup adalah lagu, nyanyikanlah

Hidup adalah janji, penuhilah

Hidup adalah teka-teki, pecahkanlah

Hidup adalah kasih, bagikanlah

Hidup adalah kesempatan, gunakanlah

Hidup adalah keindahan, bersyukurlah

"teman" : Janganlah berjalan di depanku, karena mungkin tidak dapat ku ikuti. Janganlah

berjalan di belakangku, karena mungkin aku tidak dapat menunjukkan arahnya. Berjalanlah di sisiku, dan jadilah sahabatku selalu.

.....Jadilah Dirimu Sendiri

Aku menyayangimu bukan karena apa yang ada pada dirimu, tetapi karena sesuatu yang kurasakan jika aku bersamamu.

Aku menyayangimu bukan karena apa yang telah

kau perbuat, tetapi apa yang selama ini telah

begitu banyak yang kau lakukan untukku.

Aku menyayangimu karena kamu telah berbuat begitu banyak, melebihi suatu keyakinan yang dapat membuatku menjadi baik, melebihi nasib yang telah membahagiakanku.

Kau melakukannya tanpa menyentuhnya, tanpa kata,

tanpa suatu tanda.

Kau melakukannya dengan menjadi dirimu sendiri. Bahkan mungkin dengan menjadi seorang sahabat sejati.

C I N T A

Cinta adalah akhir kehidupan yang tidak akan pernah berakhir

Cinta adalah kekayaan hidup yang tidak akan habis

Cinta akan lebih kaya jika memberi, mengambil dengan membuang sesuatu

Cinta adalah anugerah kehidupan, yang dianugerahkan bila kita menganugerahi orang lain

Dan dari sana, hati akan tergerak, kau harus merasakan manisnya cinta, kau tidak memerlukan cinta untuk hidup Namun engkau hidup untuk "cinta"

to : mar

24.12.07


ESOK UNTUK ISLAM

Hari esok untuk ISLAM

Hari ini kita berjuang

menegakkan kebenaran

walau manusia membenci

walau manusia mencaci

Yakinlah wahai pejuang

hari esok untuk ISLAM

Bekalkan dirimu ilmu dan iman

Itulah tangga kejayaan

Wahai teman teman sejati

Bantulah kebangkitan ini

Bumi yang gelap sama disinari

Dengan cahaya DEEN yang suci

Setiap kebatilan pastikan hilang

Setiap kebenaran pastikan menang

Yakinlah dirimu wahai pejuang

Jahiliyyah pasti diruntuhkan

Islam kembali gemilang

kerna "HARI ESOK UNTUK ISLAM"

muhasabah untuk diriku ....

CINTA DALAM ISLAM

_______________________

بسم الله الرحمن الرحيم

MUQADDIMAH

Kewujudan manusia merupakan keunikan alam anugerah Allah. Komunikasi antara mereka memperlengkapkan survival sebuah kehidupan, manakala hubungan raya manusia dan penciptanya pula menempah kejayaan hakiki. Manusia memiliki fitarah kejadian yang seni dan agung jua sebagai pembalut naluri yang berfungsi untuk membina kestabilan asas keinsanan seorang manusia.

Cinta menepati satu angka perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan membantutkan tumbesar manusia.

Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejadan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah.

Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spritual-membunuh solidariti dan menodai sosial.

Individu mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta yang mengenai jiwa. Cinta yang berlogikkan nafsu dan syahwat hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan dihina.

Cinta yang dinaungi kesucian fitrah dan berpandukan akidah Islamiah ialah cinta hakiki yang membina realiti kemakmuran dan mengundang keampunan Allah.

CINTA DI PENYATA WAHYU

Menelusuri cinta bahagia dan hakiki sayugianya melangkah melalui lebuh

raya yang luas terbentang menuju penyata Ilahi. Sebarang lorong dan alur rentas yang tidak menuju Irsyadur Rabbani hanyalah mempertemukan cinta dan nafsu dalam serkap yang gelita.

Melalui penyata yang juga merupakan surat kiriman dari Allah tertera mengenai

cinta.

a) Cinta kehadrat Ilahi.

Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui skil

cinta murni kehadrat Ilahi. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan ia menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah. (أول الدين معرفة الله ).

Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab

pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap.

Meletakkan diri dalam zumrah orang-orang yang menyintai Allah mestilah

bertindak penuh dengan mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya.

Pencinta Allah adalah pemilik iman yang komited merangkap pejuang yang

dinamis.Mereka menanggapi kewujudan Allah sebagai Qadhi Rabbul Jalil yang tiada tandingan.

Individu mukmin dalam memburu kesempurnaan ibadat dan kejayaan perjuangan sepastinya merangkul erat nilai cinta kepada Allah.

1. تقرب إلى الله

2. مراقبة الله

3. جهاد فى سبيل الله

Kecintaan kepada Allah antara semboyan untuk mengundang nusrah dan cinta

Allah sedangkan nusrah dan cinta Allah pula menjadi saranan terpenting yang digunakan untuk menjamin keistiqomahan dan kekuatan dalam menghadapi konspirasi musuh-musuh Allah .

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya.

b) Kecintaan kepada Rasul

Perutusan duta besar المصطفى ملعم adalah pemegang mohor yang maha Agung

untuk menguruskan dan mengendalikan titah perintah عزوجل sehingga terlaksana pengabdian diri kepada Allah dan pembenterasan الطواغيت

Justeru itu menjadi hak mutlak bagi Baginda Rasul saw bahawa ia semestinya

dicintai lantaran Baginda telah berselut lumpur menghidupkan obor diri sekaligus menyungkurkan puak jahili.

Menyintai Baginda Rasul saw bererti memberi syahadah dan ikatan bai’ah demi perlaksanaan syariat Allah SWT.

Realiti cinta kepada Saiyidil Mursalin saw mampu menghadirkan cinta Allah

sebagai satu gandingan cinta sejagat. Cinta inilah yang berenergy tinggi ke lokasi tenang dan bahagia serta penyelamat dari sentuhan azab.

c) Cinta mukmin

Interaksi cinta sesama mukmin antara pembuluh yang menyalurkan ‘Izzah dan

Himmah Ummah Muhammadiah. Keprihatinan Islam mengorientasi ummah berkombinasi dan bersepadu adalah melalui perlaksanaan program ukhuwwah Addiniah yang bercagarkan percintaan sesama insan.

Jalinan erat hati dan tenaga sesama mukmin,menyuburkan semangat تناصر dalam pembinaan akidah yang mantap,sosial yang sihat dan kekuatan tenaga yang ampuh.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :

لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا ولا تدابروا ولا بيع بعضكم على بيع بعض وكونوا عباد الله إخوانا المسلم أخو المسلم لا يظلم ولا يخذله ولا يحقره التقوى ها هنا ويشير إلى صدره ثلاث مرات ( أخرجه المسلم )

Akidah yang mantap, sosial yang sihat dan kekuatan yang ampuh merupakan senjata serampang tiga yang efektif untuk menggempur elemen jahiliyyah dan menangani manipulasi Al-Ahzab moden. Berlangsungnya pembelengguan dan penjajahan ummah kini lantaran ketandusan cinta dan kegersangan kasih sayang. Dunia kini merintih kehausan عدالة – سعادة – ومحبة angkara retaknya solidariti ummah.

PENUTUP

Hidup manusia menjadi pasif tanpa cinta bahkan bertaraf durjana tatkala tiada nilai cinta rabbani yang menjadi asas pergerakan manusia membebaskan diri daripada kepungan api neraka Allah. Justeru itu cinta harus dipertemukan dengan fitrah demi kesejagatan Al-Hayah anugerah Allah.

Manusia wajib mencintai Allah, Rasul sesama mukmin sebagai teras pembinaan daulah Islamiah Al-Fadhilah. Tanpa cinta berperspektif Islam dunia akan binasa dan musnah dek kemarau Nusrah dan Hidayah Ilahi serta permusuhan manusia yang berpanjangan.

Nilai cintalah,ummat menjadi satu dan ‘izzah menjadi milik mereka.


khas untuk mu teman : mar

note : peringatan untuk kita bersama agar diberkati oleh Allah Taala...amin

23.12.07

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya.


” Ya Allah… berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu…Amin..”

22.12.07


"4 MAZHAB YANG MASHUR"

Mazhab Hanafi

Mazhab Hanafi diasaskan oleh Nu’man bin Tsabit. Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah yang dihadapi.

Oleh kerana beliau seorang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka dapat membuat perhubungan rapat dengan pembesar negara.

Beliau mendapat tempat baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan tinggi dalam pemerintahan.

Iman Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra’u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai "akal dalam ilmu pengetahuan."

Ketika hayatnya, beliau dapat mengikuti pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama serta ideologi dan ism yang pelbagai.

Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyah.

Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri

Mazhab Maliki

Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas. Beliau lahir di kota Madinah pada tahun 93 hijrah.

Imam Malik dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah. Sewaktu hidupnya, Iman Malik mengalami dua corak pemerintahan iaitu Ummaiyah dan Abbasiyah, di mana pertelingkahan sengit dua pemerintahan sering berlaku.Pada masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya di kalangan masyarakat. Iman Malik menghafaz al-Quran dan hadis Rasulullah. Ingatannya sangat kuat. Beliau mendengar hadis daripada guru. Kemudian terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadis yang pelajarinya.


Pada permulaan hidupnya, Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau memadam hasrat itu. Ibunya kemudian mahukan anaknya mempelajari ilmu fiqh. Beliau menerima nasihat ibunya dengan baik. Iman Malik adalah seorang guru miskin. Pernah suatu hari, kayu bumbungnya rumahnya roboh. Beliau kemudian menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya. Namun, Allah murahkan rezekinya hingga menjadi kaya. Dengan kedudukan itu, beliau memakai pakaian mahal dan bau-bauan yang baik. Imam Malik adalah seorang yang cergas dalam menuntut ilmu.


Beliau banyak membuat hubungan dengan ahli hadis dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadis. Sanad (sandaran) yang dibawa oleh beliau, termasuk salah satu sanad terbaik dan benar. Imam Malik adalah seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya serta cermat dan halus memilih rawi-rawi hadis. Pendek kata, Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini. Imam Malik tetap berpegang teguh pada ajaran Rasulullah bahawa hadis itu petunjuk dan penyuluh kepada manusia. Seseorang tidak harus meninggal dan membelakangkannya.


Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau terlebih dahulu mendalami ilmu yang dipelajarinya hingga kadang-kala tidak tidur. Selepas fikirannya matang dan benar-benar berkebolehan, barulah beliau mengajar. Hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik berdasarkan al-Quran dan hadis. Imam Malik menjadikan hadis sebagai pembantu bagi memahami al-Quran. Beliau juga sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum. Imam Malik berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa.


Beliau pernah berkata: “Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku.” Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada penanya : “Pulanglah dulu supaya aku dapat berfikir.” Ramai manusia merendah-rendahkan Imam Malik kerana beliau melewat-lewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata “Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti (hari kiamat)”.

Mazhab Syafie

Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 105 hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin.

Inilah tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah.

Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf.

Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.

Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran serta membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair, tetapi mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke tahap paling tinggi.

Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab empat serangkai.

Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: “Diceritakan kepada Nabi Muhamad bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang kedua.”

Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.

Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau menghafaz dan menulis hadis.

Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk itu, beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyal selama 10 tahun. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling baik bahasa Arabnya.

Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya. Namun, Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.

Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu : “Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?”

Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.

Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik.

Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis.

Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.

Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.

Mazhab Hanbali

Pengasas mazhab Hanbali ialah Ahmad bin Mohamad bin Hanbal. Beliau lahir di bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah.

Ibnu Hanbal dari keluarga miskin. Sewaktu bapanya meninggal dunia, keluarganya tidak ditinggalkan harta yang banyak kecuali sebuah rumah kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupan, beliau terpaksa bekerja di kedai jahit.

Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau mempelajari hadis hingga menjadi seorang imam.

Seseorang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah engkau hendak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?”

Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hingga ke pintu kubur.”

Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya.

Imam Syafie adalah salah seorang guru beliau. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan haji. Pada waktu itu, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram.

Ibnu Hanbal mempelajari ilmu daripadanya. Mereka kemudian bertemu kali kedua di Baghdad. Imam Syafie menasihatinya supaya mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tidak kesampaian.

walla hu'alam.....