16.1.09

SELAMAT TAHUN BARU...2009

Ucapan kepada semua, sempena tahun baru 2009 tidak dilupakan juga Salam Maal Hijrah 1430 yang lalu kepada seluruh umat Islam di seantero dunia.

Di dalam kita menyambut hari bersejarah seperti ini,
http://www.utusan.com.my/pix/2009/0101/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_01.1.jpg

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah bersama kira-kira 30,000 warga kota malam tadi meraikan sambutan Tahun Baru 2009 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pelbagai acara menarik disediakan untuk orang ramai dengan kemuncaknya Perdana Menteri bersama para pengunjung menghitung detik 12 tengah malam tanda ketibaan tahun baru yang diikuti dengan tembakan bunga api.

Timbul pula cerita sebegini,

Pesta seks: Penyampai berita, pelakon wanita ditahan

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Seorang penyampai berita dan seorang pelakon adalah antara 26 yang ditahan dalam satu pesta seks, dadah dan arak yang diadakan di sebuah bilik hotel di Jalan P.Ramlee di sini, awal pagi ini.

Dan satua lagi,

56 diberkas dalam operasi cegah maksiat

KUANTAN 1 Jan. - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memberkas 56 orang dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan tahun baru di beberapa hotel murah di sekitar bandar ini, awal pagi ini.

Kita lihat ''Sudah macam trend pula sekarang ini, apabila ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti golongan ini tidak melepaskan peluang untuk melakukan maksiat.

''Kononnya hendak sambut tahun baru dengan kawan-kawan. Selepas itu, tidak sempat hendak balik rumah dan kemudian mengambil jalan mudah dengan menyewa hotel murah, tidur bercampur antara lelaki dan perempuan.

Hidup Malaysia..

-------------

Wahai sahabat sekalian, jangan kita lupa apa yang telah terjadi sebelumnya..

Terpampang di dada akhbar berita sensasi lagi hangat,

155 terbunuh serangan Israel


BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza.

------------------

Itu baru hari pertama kekejaman Zionis keatas Rakyat Palestin. Sehingga sekarang tidak dapat disimpulkan lagi berapa jumlah terkini..

Sahabat,

Marilah kita sama-sama membantu sadaya mungkin, berdoa dan memberi bantuan kewangan seadanya. Kita di Malaysia berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan keamanan dan kesejahteraan yang tidak ada di sana.

Kita lihatlah sejauh mana perjuangan mereka untuk menghadapi Zionis. Kita tunggu dan lihat siapa yang kena