22.6.08


gambar ni terjumpa kat http://.bustanmawaddah.blogspot.com

Tanta Scan, 17 Jun. Pertama kalinya dalam sejarah ku di sini join Projek Bakar Ayam (PBA) yang telah berjaya dilaksanakan dengan meriahnya di atas suthuh Imarah Melayu Tanta Scan.
Kehadiran sangat memberangsangkan daripada ahli-ahli imarah dan sebagainya termasuklah sahabat arab Mohd Shita yang ku kenali.
Antara objektif dilaksanakan ialah untuk meraikan kejayaan menghadapi imtihan yang lalu dan untuk meraikan pelajar-pelajar yang akan pulang ke Malaysia terutamanya pelajar tahun 4 serta yang sewaktu dengannya dan juga untuk merapatkan ukhuwah antara ahli-ahli di sekitar imarah ni.
Dengaq kata ramai yang nak balik. Tak kisah la, sebab saya pon nak balik gak.
Ok la. Selamat balik dan selamat mai sini pulak dan jumpa lagi tahun depan di majlis yang sama, Insya-Allah.

p/s : Lewat sikit nak post sebab line tak sihat.

8.6.08

EURO 2008 Pulak

Exam dah habis Euro 2008 la pulak, yang sedang berlangsung di Austria dan Switzerland selaku penganjur bersama bermula dari 7 hingga 29 Jun 2008. Kejohanan ini akan disertai oleh 16 pasukan dari benua mana ntah.
Disamping tu juga dapat kita mengenali negara-negara tersebut dan bukan sekadar tengok bola ja. kan?
Itu hebatnya students kat sini. Serba boleh katanya. Tapi talaqqi jangan lupa udah la.

“Masa Itu Pedang”. Silap guna padah la ganjarannya. (Nasihat untuk diri sendiri je)
Okies. Selamat maju jaya & berhibur.

Dapatkan maklumat penuh di mana-mana web sukan dan juga blog nih dan sebagainya.
& Lawati: http://ms.wikipedia.org/wiki/UEFA_Euro_2008

4.6.08

copypaste

Wei, Minyak Naik lagi

Negaraku :yah00. Minyak naik lagi. Perdana Menteri yang disayangi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan harga baru minyak seperti berikut, Petrol : dari RM1.92 kepada RM2.70,Diesel : dari RM1.58 kepada RM2.58.
Aku pikiaq la, Ini merupakan hadiah intro dari kerajaan yang baru menang hari tu
kepada rakyat jelata. Lepas ni ada lagi. Tunggu..
Bagi kita kat sini, minyak dah naik pon sebelom ni lagi. Tapi tak la seteruk sana. Orang sini kena ish baladi, ful ,tokmiah pon dah boleh hidup dah. Kalau sana tak tau lah. Malaih aku nak mengata. Kita tunggu dan tengok ja la.

Pikiaq sat n00..

lawati- http://adukataruna.blogspot.com