Kepada sahabat sekalian, saya ucapkan selamat berpuasa. Semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat ganjaran dari Allah Taala dan dihapuskan dosa-dosa lalu. Amin
23.8.09
Tahniah Atas Kejayaan
Alhamdulillah ucapan syukur kepada Allah Taala kerana memberi kejayaan kepada kita khususnya di dalam imtihan tempoh hari. Istilah lulus dan gagal sudah menjadi lumrah kepada kita. Oleh yang demikian terima lah seadanya.
wassalam
27.5.09
Tahniah Barca Tahniah MU

Rome-27 Mei. Final Liga Juara-Juara kali ini menyaksikan pertarungan menarik antara dua kelab gergasi Eropah. Ternyata percaturan Pep Guardiola berhasil. Kemenangan 2-0 ke atas Man United sudah nyata dan dimuktamatkan oleh Eto'o dan Messi. Barca layak digelar juara kerana persembahan yang konsisten dan menarik.
Tahniah & Tahniah juga kepada penyokong-penyokong Barca yang berada di sekitar Maarad, Sg. Kubri, Syberbay dan sewaktu dengannya.
Man United cuba lagi tahun depan.
kami tetap MU
17.5.09
cafe scan - Tahniah sekali lagi kepada Manchester United kerana memberi kepuasan kepada penyokong-penyokong dengan menghadiahkan kemenangan Juara EPL petang semalam.
Walaupun hanya sekadar seri 0-0 dengan Arsenal tetapi cukup untuk digelar juara kerana Liverpool yang pool, tempat ke dua carta itu tidak akan berjaya memintas MU lagi.
Kali ketiga berturut-turut mengungguli carta liga EPL. Memang mantap MU.
Kepada penyokong kelab-kelab yang sewaktu dengan MU, boleh lah menukar selera untuk menyokong MU.
EPL. Jumpa lagi tahun depan.
16.5.09
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum cikgu-cukgi yang disayangi sekalian.
Selamat Hari Guru ku ucapkan kepada semua guru dan guru yang pernah mendidik aku. Bermula di sekolah rendah hinggalah sekolah menengah berhempas pulas mendidik anak-anak murid yang pelbagai ragam.
Kepada cikgu Sek. Kebangsaan Tok Keling, Sek Arab Taklimiah Khairiah Alor Setar, Sek Arab Yayasan Khairiah Baling, Al Hidayah Sg. Petani dan sewaktu dengannya khususnya di Malaysia lah.
Doakan kami berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat dan kami pon tidak akan lupa jasa baik guru.
11.5.09
HAPPY NURSE'S DAY
Dirayakan di seluruh dunia setiap 12 Mei.
Merayakan hari ini adalah untuk mengingati semua yang berharga dari mereka kepada masyarakat. Ucapan khas kepada teman semoga kau terus tabah mengharungi dan mendalami bidang ini supaya kau berguna kepada agama dan bangsa dan ucapan terima kasih ini juga kepada semua perawat.
Semoga segala jasa baik itu akan diganjarkan oleh Allah Taala kelak. amin..
10.5.09
Selamat Hari Ibu
Hari ini hari ibu, walaupun tidak melihat ibu saya sejak 3 bulan lalu. Hanya di blog ini saja ku ucapkan Selamat Hari Ibu untuk mak dan semua ibu di Malaysia dan dunia, semoga sihat selalu dan selalu dalam perlindungan-Nya. Maafkan anakmu ini yang selalu buat salah kecik-kecik dulu. Anakmu ini jauh diperantauan. Sedang mencari jati-diri. Tanpa mu ibu siapa lah diri ini yang membawa ku ke kehidupan dan menjadikan ku seperti saat ini. Walaupun jauh beribu batu tetapi tidak pernah ku lupa.
I love You .. walaupun ku tidak pernah berkata begitu ..



