2.4.09

PM baru


Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya dilantik PM Malaysia keenam setelah menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun. Maka dengan ini sempurnalah teori R.A.H.M.A.N yang dicanang orang politik.
Dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung PM kedua Tun Abdul Razak Hussein

Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974.

Bukan calang-calang orang tau PM baru kita ni. Sampai obesi sana tu dia study.

Tapi perlulah kita ingat sepandai-pandai manapun PM kita semua, kalau tidak meletakkan Al-Quran & Sunnah sebagai panduan maka tunggulah saat kejatuhan dari tingkat 6 ke paras dasar tapak kaki 6 inci.huhh

Ucapan tahniah kepada PM baru dari rakyat mu ini. Semoga hasil kamu berbaloi dengan usaha yang dilakukan sebelum dan selepas PM.

29.3.09

We're support PMRAM

Madinah Nasr 26 Mac- Ijtimak 'Umumi atau Muktamar Sanawi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM kali ke-76 telah berlansung dengan jayanya seperti tahun-tahun sebelumnya.Lebih 1000 orang termasuk perwakilan yang hadir untuk memberi sokongan.

Kali ini isunya sama hebat dan mungkin juga lebih hebat kalau kita khususkannya. masalahnya ialah tidak lain tidak bukan, Nadi UMNO dan sekutunya vs PMRAM.

Kami warga T.Scan tidak sekali-kali bersetuju dan menyokong hangpa.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Untuk BP baru tahniah kami ucapkan terutamanya Ust Meor dan Ust Jamal.

Teruskan berjuang. Kami dibelakang.

Berjalan, Melihat, Mentafsir

Cairo, 18 Mac- Aku bersyukur kpd-Nya kerana diberi kesempatan utk ptma kalinya selama 3 thn berada di sini, dapat jaulah ke tempat peninggalan sejarah. Antaranya ialah Giza(piramid), Tasik dan istana Qarun dan kincir air(zaman Nabi Yusof) di Fayyum.

Ini cukup memadai untuk melihat kekuasaan Allah Taala yang ditinggalkan untuk kita Berjalan, Melihat dan Mentafsir.

Bagi ku, segala pengalaman yang dilalui tidak dapat dinilai dengan mata wang dinar Kuwait sekalipun.

19.3.09

New Arrival

26 Feb 09. Langkawi –LCCT. Air Asia.Time 1530-1630PM. Flight No AK 6309.

27 Feb 09. 0015 – Check In

0315 – KL

0625 – Kuwait

Flight No KU 416

Transit Kuwait 2 jam.

0850 – Kuwait

1050 – Cairo

Flight No KU 801

16.1.09

SELAMAT TAHUN BARU...2009

Ucapan kepada semua, sempena tahun baru 2009 tidak dilupakan juga Salam Maal Hijrah 1430 yang lalu kepada seluruh umat Islam di seantero dunia.

Di dalam kita menyambut hari bersejarah seperti ini,
http://www.utusan.com.my/pix/2009/0101/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_01.1.jpg

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah bersama kira-kira 30,000 warga kota malam tadi meraikan sambutan Tahun Baru 2009 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pelbagai acara menarik disediakan untuk orang ramai dengan kemuncaknya Perdana Menteri bersama para pengunjung menghitung detik 12 tengah malam tanda ketibaan tahun baru yang diikuti dengan tembakan bunga api.

Timbul pula cerita sebegini,

Pesta seks: Penyampai berita, pelakon wanita ditahan

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Seorang penyampai berita dan seorang pelakon adalah antara 26 yang ditahan dalam satu pesta seks, dadah dan arak yang diadakan di sebuah bilik hotel di Jalan P.Ramlee di sini, awal pagi ini.

Dan satua lagi,

56 diberkas dalam operasi cegah maksiat

KUANTAN 1 Jan. - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memberkas 56 orang dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan tahun baru di beberapa hotel murah di sekitar bandar ini, awal pagi ini.

Kita lihat ''Sudah macam trend pula sekarang ini, apabila ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti golongan ini tidak melepaskan peluang untuk melakukan maksiat.

''Kononnya hendak sambut tahun baru dengan kawan-kawan. Selepas itu, tidak sempat hendak balik rumah dan kemudian mengambil jalan mudah dengan menyewa hotel murah, tidur bercampur antara lelaki dan perempuan.

Hidup Malaysia..

-------------

Wahai sahabat sekalian, jangan kita lupa apa yang telah terjadi sebelumnya..

Terpampang di dada akhbar berita sensasi lagi hangat,

155 terbunuh serangan Israel


BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.

Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza.

------------------

Itu baru hari pertama kekejaman Zionis keatas Rakyat Palestin. Sehingga sekarang tidak dapat disimpulkan lagi berapa jumlah terkini..

Sahabat,

Marilah kita sama-sama membantu sadaya mungkin, berdoa dan memberi bantuan kewangan seadanya. Kita di Malaysia berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan keamanan dan kesejahteraan yang tidak ada di sana.

Kita lihatlah sejauh mana perjuangan mereka untuk menghadapi Zionis. Kita tunggu dan lihat siapa yang kena

6.10.08


saya mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

&

MAAF ZAHIR BATIN

kepada seluruh sahabat handai yang berada di tanah air Malaysia mahupun Mesir yang tercinta. Semoga kita beroleh kebahagiaan dan keberkatan sepanjang pengajian mencari ilmu Allah Taala.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

وَتَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ، كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ





5.10.08

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

RAMADHAN KARIM

Tidak terlambat rasanya untuk ucapan selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia pada tahun ini 1429 dan tidak berapa hari lagi kita akan menyambut hari raya puasa.

Sepertimana kita ketahui ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan jani-janji Allah SWT : 1- 10 hari yang pertama dijanjikan dengan rahmah
2- pertengahannya keampunan
3- 10 hari yang terakhir adalah kebebasan daripada api neraka.

Sungguh murah rezki Allah Taala tapi kita yang jual mahal. Apapun kita cuba sedaya upaya untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala kerana Dia-lah tempat bergantung semasa kita susah mahupon senang.

Jadi, selamat beramal dengan amalan soleh dan selamat Hari raya Maaf Zahir Batin kepada sahabat-sahabat di bumi Mesir dan juga di Malaysia tercinta.

Wassalam

27 ramadhan 1429