2.4.09

PM baru


Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya dilantik PM Malaysia keenam setelah menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun. Maka dengan ini sempurnalah teori R.A.H.M.A.N yang dicanang orang politik.
Dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung PM kedua Tun Abdul Razak Hussein

Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974.

Bukan calang-calang orang tau PM baru kita ni. Sampai obesi sana tu dia study.

Tapi perlulah kita ingat sepandai-pandai manapun PM kita semua, kalau tidak meletakkan Al-Quran & Sunnah sebagai panduan maka tunggulah saat kejatuhan dari tingkat 6 ke paras dasar tapak kaki 6 inci.huhh

Ucapan tahniah kepada PM baru dari rakyat mu ini. Semoga hasil kamu berbaloi dengan usaha yang dilakukan sebelum dan selepas PM.

No comments: