30.5.08


SEMALAM BERSAMA MB KEDAH

Kaherah, 29 Mei : Walaupon masih dalam fatrah imtihan, sempat juga curi masa turun ke Kaherah untuk bersama dengan YAB Ustaz Haji Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman yang baru ni. Bagi pelajar2 Kedah rugi bangat dong kalau ngak turun, tapi depa mungkin tengok kat tvMKKK kot yang mana disiarkan secara langsung di www.mymkkk.org
Kemaghin, Aku nyaris ditinggalkan bas rombongan ke sana kerana lewat sikit ja. Sampai hati depa tak miscall bagitau nak pi dah. Tapi apa pon syukur la dapat sampai gak. Memang ramai yang turun untuk bersama MB ni. Seperti mana maklum, lawatan MB ke sini adalah untuk melawat anak-anak Kedah dan turut sama merasmikan Bangunan Asrama Baru MKKK yang ke-3 kat
Haiyu Sabiek.
Majlis simple, buat kat depan rumah baru ja. Tak payah dok sewa dewan besaq2. Baziaq ja kan..
Ok la.Salam & Selamat imtihan..

23.5.08


Tahniah MU

Manchester United membuktikan mereka pasukan yang terbaik musim ini apabila merangkul kejuaraan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, malam semalam. Kejayaan menewaskan Chelsea kat Stadium Luzhniki Moscow sangat diharapkan oleh peminat2 macam kami nih, selepas menjuarai liga EPL yang lalu mengatasi team yang sama.

Rugi lah sapa yang tak tengok. Memang best sangat. Kebetulan game tu selepas sattle exam paper ke-2(English). Tak la menggangg gugat study ku(Fiqh Muqaran). Ingatkan dah nak kalah. Nasib baik la si sorang ni sepak penalti tak masuk. Pejam mata kot!

Bagi peminat kelab2 lain macam Chelsea, Arsenal, Liverpool khususnya, janganlah kecewa dan jangan pula sampai tak tegoq kawan2 coz team anda tak kuat.(Jangan marah)

Apa2 pon teruskan study sebab exam tak abis lagi..
go go go MU.

21.5.08


SAHABAT SEJATI

kau sahabat kami yang sejati,
kau ahli, bukannya orang lain pon,
tanpa mu siapa lah kami (moja ja)
kau sangat tak berguna kepada kami, pulak
dari dulu sampai la ni..bukan kedah lanie

http://kedahlanie.blogspot.com

sabaq?
rupanya kau tak sempurna dan tak dihargai,
dan tak pernah pula menghargai,
boleh jadi kami tak akan hargai (sajamu)
kerana kau tak pernah berbuat jasa,
buat masalah adalah,
pinggan tak pernah kilat, tu pon nak yang baru,
cawan lagilah, nasib baik ada pril,

www.designboom.com/trash/pril.html
harta rumah buat macam hak sendiri,
moral: lepaih ni bagi balik harta orang

sabaq?
cakap kencang buat macam haram,
tengok luaq macam ok,dalam macam hampeh gak,
nak pimpin orang, diri sendiri macam siput,
pandai pulak tu cipta alasan, bagi alasan besalah tu,
aku tak mohong aih..

sabaq?
klentong hidup2 sebab nak laghi la,
malaih la tuh, pastu guna orang lak nak klentong orang,
ingat kita ni TONTO kot,

www.elmono-tonto.com
nasihat orang tak nak dengaq, besalah orang gadaq,
gadaq hindi adalah.

sabaq?
ingatkan dengan aku ja macam ni,
ghupanya ramai lagi dah jadi mangsa,
ini lagi power,
buat kerja ikut kepala otak sendiri,
ingat bapak dia punya kilang,
kilang pasiaq pon boleh bengrap pa,
kalau macam nih sampai tua,
mampuih orang keliling pinggang,
pikiaq-pikiaq la sebelum pulang....

siakap senohong gelama ikan duri,
cakaplah bohong nanti orang lari.

Sekian.


sekadar intertainment tahun 2008,
tak dak kena mengena dengan yang tak hidup dan yang dah mati.
(dia masih lagi hidup) atas tulang 5 kerat bantuan orang.

(Anugerah Pemenang Sajak Terbaik Peringkat Kamsis)

Terbitan : sb.com.eg
Pruf : mahaguru
Forn : Calibri
Saiz : 10

MENGENALI SEJARAH MESIR.

Mesir (Bahasa Arab:Misr) merupakan sebuah negara di Afrika Utara. Mesir bersempadan dengan Libya, Sudan, Jalur Gaza dan Israel serta Laut Mediterranean dan Laut Merah. Mesir merupakan antara negara Arab terpenting di Timur Tengah.
Walaupon dalam fatrah imtihan, berminat saya untuk menyediakan maklumat (hanya sediakan sahaja) tentang Mesir iaitu negara yang kami tinggal sekarang.(kira negara kami gak la) kerana di sini jugalah terdapatnya Universiti Al-Azhar yang terulung itu dan jangan kita lupa di sini jugalah adanya Firaun yang mengaku dirinya tuhan.Pandai-pandai la buat pilihan mana yang terbaik.Kata orang
(oghang yang kata), tak kenal maka tak cinta. Kenal sikit pon tak pa dah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman ni...
http://akulelaki.wordpress.com/2008/05/09/mesir-purba/

15.5.08


PERTEMPURAN SUDAH BERMULA

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلا ة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره و ولاه

Seperti mana maklum, exam telah pon bermula khususnya yang bawa madah Tauhid (Takhaluf) macam saya ni. Susah tak terhingga katanya. Tak berani pulak nak target lulus sebab exam kat sini lain dari yang lain. Tapi kena la yakin dengan kajayaan tu. Apa-apa pon kita tunggu dan lihat je lah keputusan nanti. Ini baru permulaan…

17 Mei 2008, Sabtu(esok) akan bermulalah peperangan minda memerah otak dalam menentukan diri ini layak ke tahun 3 atau sebaliknya.

Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan jika mereka menggunakan potensi mereka secara optima. Oleh kerana peperiksaan mementingkan keberkatan maka pelajar mesti membuat persediaan rohani & jasmani dengan penuh kepastian bukan sekadar asal belajar sahaja.

Sikap dan pemikiran yang positif, cita-cita atau matlamat yang tinggi, motivasi diri yang sentiasa menggunung, teknik belajar dan ulangkaji yang sistematik, pengurusan masa yang berkesan dan latihan yang berterusan adalah prasarana yang membolehkan anda menjadi pelajar yang cemerlang. Tidak ada jalan pintas untuk kejayaan (there is no short cut to success) dan yang lebih penting dan terpenting adalah banyak menghafal dan faham.

Tiada gunanya tinggi keazaman dan sebagainya tanpa menghafal dan faham. Itulah uniknya Al-Azhar.

Pesanan untuk diri ini, ikhlasan hati dalam mencari ilmu yang pelbagai dan unik di bumi Anbiya’ ini.

“If you want to get the results that winners get, you must first think like a winner thinks”.

(Dr. Staples W.D.)

However desire without action will not bring about results. So make a decision to act and start now because the earlier you start the more time you have to prepare yourself for the examination and time lost will never be regained.

‘Selamat Maju Jaya’

29.4.08


Bergambar Bersama Tanda Kenang-Kenangan

reUnion Y2

Assalamualaikum.
17 April 2008 -Syukur dipanjatkan kepada Allah Taala kerana masih lagi diberi nikmat Iman & Islam. Terlupa aku untuk mencoretkan kenangan dan makluman tentang majlis alumni Yayasan Khairiah Kupang Baling Kedah tempoh hari. Mungkin aku terlalu sibuk dengan peperiksaan agaknya. Ini merupakan kali pertama aku join program tersebut dalam tempoh 3 tahun keberadaan aku di sini. Seingat aku program sebegini diadakan setiap tahun, cuma tahun ini ada rezeki dapat jumpa kawan-kawan lama dari pelbagai muhafazah. Tempatnya seperti biasa, rumah Ust. Zahran. Rata-rata yang hadir merupakan batch SPM 02 & STAM 03. Inilah yang membuatkan aku terkenang kembali pengalaman lama ketika di Yayasan sana. Walaupon hanya 2 tahun bersama, bagi aku pengalamannya sungguh berharga.
Nama-nama seperti Zahran, Farid, Baim, Azilan, Farhan, Pak Ndak, Hamdi, Pak Arab, Amin, Zulhilmi, Majdan, Uti, Firdaus, Ikhwan, Fakhrul, Aman, Pian, Hasan dan ramai lagi nama-nama yang tidak disebut di sini. Kalian semua dalam ingatan. Kami bukan sekadar berjumpa, tetapi gotong royong memasak, panggang ayam dan ikan untuk jamuan sebelah malam dan juga ucapan khas dari wakil alumni.( Maap la, aku tak buat keja & pi lewat sebab meeting SP ). Turut hadir sama pada program ini ialah Ust. Hadi Awang dan Ust. Nazrul Nasir yang sanggup turun dari Kaherah untuk bersama menjayakannya.

Akhirnya, majlis alumni sederhana ini walaupun nampak santai tetapi berjaya menghimpunkan semula sahabat-sahabat lama yang terpisah kerana membawa haluan masing-masing dalam pengajian biarpun hanya semalaman di Tanta. Semoga ukhwah Islamiah kita kekal selamanya. Insya’Allah dan semoga bertemu lagi.
Wassalam.










DI Hadapan SMAYK Tahun 2007

4.00am


23.4.08



firman Allah Taala : “Maha Suci Allah Yang di tanganNya segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dialah Yang menjadikan mati dan hidup untuk Dia menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”.

Peperiksaan akan berlangsung pada 12 Mei (Takhaluf Tauhid) dan 17 Mei (Tahun 2), hanya tidak berapa hari lagi. Bagaimana dengan persediaan kita? Sendiri jawablah.
Ada yang terpaksa bersengkang mata sehingga larut malam dan berjaga malam sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Tidak kurang yang mengambil sikap tak kisah atau acuh tak acuh. Sebagai pelajar yang ingin mendapatkan kecemerlangan, sudah tentu kita perlu bersikap proaktif, innovatif dan sentiasa bersedia.

Walaupun peperiksaan sudah semakin hampir, masih tidak terlambat lagi untuk kita membuat persediaan bagi mencapai cemerlangan. Antara persediaannya ialah:

1-Persediaan Rohani

* 5 Sifat yang mesti disematkan dalam setiap individu yang menginginkan kecemerlangan yang sebenar:

1.Taat Allah dan Rasul
2.Taat ibu bapa
3.Dengar Nasihat guru
4.Jaga hati kawan / Kawan pon kena jaga hati kita juga.
5.Cemerlang Mental dan Emosi
sumber : http://dzulhilmitantawi.blogspot.com

2-Persediaan Fizikal

3-Istiqamah
Berani tanggung risiko. Walau apa pon yang terjadi dengan keputusan kita kelak, cuba relaks, tenang dan cool. Jangan terlalu sedih sehingga diri tidak terkawal dek keputusan yang iidamkan tidak tercapai…ngerinyaaaaaaa…
Yang penting kita yakin dengan usaha kita dan yakin Allah bersama kita.
Amin….