
Selamat Tahun Baru kawan-kawan. Selamat tinggal 2009. yang berlalu biarkan, yang mendatang kita hadapi.
Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang baik walaupun bukan yang terbaik dari tahun2 lalu. Apa yang kita harapkan tahun 2010 yang terbaik..
Tentang azam tahun baruku, sudah pastinya najah fi imtihan. Berjaya juga dalam mengurus travel agen yang menjadi buah mula hidup berdikari.
Usaha-Doa-Tawakkal
Wassalam.
31.12.09
- Ahlan 2010 -
17.12.09
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431 buat semua muslimin muslimat, mukminin mukminat.
marilah kita memanjatkan kesyukuran atas segala nikmat kurniaan yang Esa utamanya Iman and Islam. Sehingga ke hari ini kita dapat menikmatinya tanta di chas sesen pon.
*Azamku tahun baru ini utk stdy sungguh2 semoga dapat naik tahun and dapat calon isteri solehah. huhh
marilah kita sama2 berdoa:
baca doa akhir tahun sebanyak 3 kali di petang hari sebelum masuk waktu Maghrib agar;
* diampunkan segala dosa yang lalu
* diterima segala amalan soleh
doa awal tahun selepas waktu Maghrib, memohon agar;
* terpelihara daripada tipu daya syaitan dan kuncu-kuncunya
* dapat mengalahkan nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan
* dipermudahkan untuk melakukan amal-amal kebaikan/soleh.
The Return
9 Disember 09- Setelah sekian lama berada di negara tercinta, kini aku pulang semula ke sini untuk menyerah diri kepada Universiti Al-Azhar katanya.
Semoga setiap yang kita lakukan mendapat balasan yang setimpal.
23.8.09
Salam Ramadhan 1430 Hijrah
Kepada sahabat sekalian, saya ucapkan selamat berpuasa. Semoga setiap amalan yang kita lakukan mendapat ganjaran dari Allah Taala dan dihapuskan dosa-dosa lalu. Amin
Tahniah Atas Kejayaan
Alhamdulillah ucapan syukur kepada Allah Taala kerana memberi kejayaan kepada kita khususnya di dalam imtihan tempoh hari. Istilah lulus dan gagal sudah menjadi lumrah kepada kita. Oleh yang demikian terima lah seadanya.
wassalam
27.5.09
Tahniah Barca Tahniah MU

Rome-27 Mei. Final Liga Juara-Juara kali ini menyaksikan pertarungan menarik antara dua kelab gergasi Eropah. Ternyata percaturan Pep Guardiola berhasil. Kemenangan 2-0 ke atas Man United sudah nyata dan dimuktamatkan oleh Eto'o dan Messi. Barca layak digelar juara kerana persembahan yang konsisten dan menarik.
Tahniah & Tahniah juga kepada penyokong-penyokong Barca yang berada di sekitar Maarad, Sg. Kubri, Syberbay dan sewaktu dengannya.
Man United cuba lagi tahun depan.
kami tetap MU
17.5.09
cafe scan - Tahniah sekali lagi kepada Manchester United kerana memberi kepuasan kepada penyokong-penyokong dengan menghadiahkan kemenangan Juara EPL petang semalam.
Walaupun hanya sekadar seri 0-0 dengan Arsenal tetapi cukup untuk digelar juara kerana Liverpool yang pool, tempat ke dua carta itu tidak akan berjaya memintas MU lagi.
Kali ketiga berturut-turut mengungguli carta liga EPL. Memang mantap MU.
Kepada penyokong kelab-kelab yang sewaktu dengan MU, boleh lah menukar selera untuk menyokong MU.
EPL. Jumpa lagi tahun depan.
16.5.09
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum cikgu-cukgi yang disayangi sekalian.
Selamat Hari Guru ku ucapkan kepada semua guru dan guru yang pernah mendidik aku. Bermula di sekolah rendah hinggalah sekolah menengah berhempas pulas mendidik anak-anak murid yang pelbagai ragam.
Kepada cikgu Sek. Kebangsaan Tok Keling, Sek Arab Taklimiah Khairiah Alor Setar, Sek Arab Yayasan Khairiah Baling, Al Hidayah Sg. Petani dan sewaktu dengannya khususnya di Malaysia lah.
Doakan kami berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat dan kami pon tidak akan lupa jasa baik guru.
11.5.09
HAPPY NURSE'S DAY
Dirayakan di seluruh dunia setiap 12 Mei.
Merayakan hari ini adalah untuk mengingati semua yang berharga dari mereka kepada masyarakat. Ucapan khas kepada teman semoga kau terus tabah mengharungi dan mendalami bidang ini supaya kau berguna kepada agama dan bangsa dan ucapan terima kasih ini juga kepada semua perawat.
Semoga segala jasa baik itu akan diganjarkan oleh Allah Taala kelak. amin..
10.5.09
Selamat Hari Ibu
Hari ini hari ibu, walaupun tidak melihat ibu saya sejak 3 bulan lalu. Hanya di blog ini saja ku ucapkan Selamat Hari Ibu untuk mak dan semua ibu di Malaysia dan dunia, semoga sihat selalu dan selalu dalam perlindungan-Nya. Maafkan anakmu ini yang selalu buat salah kecik-kecik dulu. Anakmu ini jauh diperantauan. Sedang mencari jati-diri. Tanpa mu ibu siapa lah diri ini yang membawa ku ke kehidupan dan menjadikan ku seperti saat ini. Walaupun jauh beribu batu tetapi tidak pernah ku lupa.
I love You .. walaupun ku tidak pernah berkata begitu ..
6.5.09
Salam Imtihan
Salam imtihan untuk sahabat sekalian. Tidak sampai sebulan saja lagi kita warga azharian semua akan menduduki imtihan semesta II yang menjadi penentu sejauh mana bersedianya kita. Bagi saya semesta ini hanya 4 madah saja yang hanya bermula seperti berikut.
1 Julai 09- -bahas fiqh syafie
3 Julai 09- -fiqh syafie
6 Julai 09- -al-quran
14 Julai 09- -syafawi al-quran
amin
18.4.09
Jaulah Makam Satu Barakat
MERISIK MARDOTILLAH DI BUMI ANBIYA’
Lebih 100 ahli yang menyertai program kali ini atau 8 tramco. Saya menaiki tramco B4 seramai 14 orang yang diketuai oleh Ustaz Adnan. Ahli lain dalam group saya ialah Ustaz Aza Firdaus, Baharudin, Yazid, Rizaini, Hamizan,Hafiq, Syazwan, Adam, Firdaus, Aceng dan …lupa. Kami bertolak seawal jam 630 pagi dan smpai di
Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari, Saidah Fathimah binti Saidina Hussin bin Ali Radiallahu anha dan banyak lagi yang tak dapat disebut kerana banyak sangat.
(nama di atas, bukan secara turutan)
Melengkapi lagi jaulah kali ini ialah solat jumaat di Masjid Sultan Hasan yang terkenal Masjid Empat Mazhab bersebelahan Masjid Refaie. Tempat ini sangat ma’ruf dikalangan mahasiswa kita.
Antara objektif yang saya perolehi ialah,
2- dapat kenal tuan makam yang merupakan tokoh terkenal. Semoga bertambah kecintaan kita kepada mereka.
3- dapat berdoa dan bertawassul ditempat mustajab
4- mencari ketenangan walaupon selepas itu diuji dengan sakit mata. Moga dijadikan kifarah menghapuskan dosa-dosa ini.
5- mendekatkan diri kepada Allah Taala.
6- semoga mendapat keberkatan daripada Allah Taala dan sebagainya.
Jauh perjalanan luas pemandangan menambah thaqafah
Subuh dinihari
19 April 09
2.4.09
PM baru
Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya dilantik PM Malaysia keenam setelah menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih
Dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung PM kedua Tun Abdul Razak Hussein
Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974.
Bukan calang-calang orang tau PM baru kita ni. Sampai obesi
29.3.09
We're support PMRAM
Madinah Nasr 26 Mac- Ijtimak 'Umumi atau Muktamar Sanawi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM kali ke-76 telah berlansung dengan jayanya seperti tahun-tahun sebelumnya.Lebih 1000 orang termasuk perwakilan yang hadir untuk memberi sokongan.
Kali ini isunya sama hebat dan mungkin juga lebih hebat kalau kita khususkannya. masalahnya ialah tidak lain tidak bukan, Nadi UMNO dan sekutunya vs PMRAM.
Kami warga T.Scan tidak sekali-kali bersetuju dan menyokong hangpa.
Berani kerana benar, takut kerana salah.
Untuk BP baru tahniah kami ucapkan terutamanya Ust Meor dan Ust Jamal.
Teruskan berjuang. Kami dibelakang.
Berjalan, Melihat, Mentafsir
Ini cukup memadai untuk melihat kekuasaan Allah Taala yang ditinggalkan untuk kita Berjalan, Melihat dan Mentafsir.
Bagi ku, segala pengalaman yang dilalui tidak dapat dinilai dengan mata wang dinar
19.3.09
New Arrival
26 Feb 09. Langkawi –LCCT. Air Asia.Time 1530-1630PM. Flight No AK 6309.
27 Feb 09. 0015 – Check In
0315 – KL
0625 – Kuwait
Flight No KU 416
Transit Kuwait 2 jam.
0850 – Kuwait
1050 – Cairo
Flight No KU 801
16.1.09
SELAMAT TAHUN BARU...2009
Ucapan kepada semua, sempena tahun baru 2009 tidak dilupakan juga Salam Maal Hijrah 1430 yang lalu kepada seluruh umat Islam di seantero dunia.
Di dalam kita menyambut hari bersejarah seperti ini, 

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah bersama kira-kira 30,000 warga kota malam tadi meraikan sambutan Tahun Baru 2009 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Pelbagai acara menarik disediakan untuk orang ramai dengan kemuncaknya Perdana Menteri bersama para pengunjung menghitung detik 12 tengah malam tanda ketibaan tahun baru yang diikuti dengan tembakan bunga api.
Timbul pula cerita sebegini,
Pesta seks: Penyampai berita, pelakon wanita ditahan
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR 1 Jan. – Seorang penyampai berita dan seorang pelakon adalah antara 26 yang ditahan dalam satu pesta seks, dadah dan arak yang diadakan di sebuah bilik hotel di Jalan P.Ramlee di sini, awal pagi ini.
Dan satua lagi,
56 diberkas dalam operasi cegah maksiat
KUANTAN 1 Jan. - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memberkas 56 orang dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan tahun baru di beberapa hotel murah di sekitar bandar ini, awal pagi ini.
Kita lihat ''Sudah macam trend pula sekarang ini, apabila ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti golongan ini tidak melepaskan peluang untuk melakukan maksiat.
''Kononnya hendak sambut tahun baru dengan kawan-kawan. Selepas itu, tidak sempat hendak balik rumah dan kemudian mengambil jalan mudah dengan menyewa hotel murah, tidur bercampur antara lelaki dan perempuan.
Hidup Malaysia..
-------------
Wahai sahabat sekalian, jangan kita lupa apa yang telah terjadi sebelumnya..
Terpampang di dada akhbar berita sensasi lagi hangat,
155 terbunuh serangan Israel
BANDAR GAZA 27 Dis. - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, hari ini.
Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.
Mangsa yang terkorban termasuk 120 di bandar ini dan 23 lagi di Khan Younis dan Rafah, lapor Al Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza.
------------------
Itu baru hari pertama kekejaman Zionis keatas Rakyat Palestin. Sehingga sekarang tidak dapat disimpulkan lagi berapa jumlah terkini..
Sahabat,
Marilah kita sama-sama membantu sadaya mungkin, berdoa dan memberi bantuan kewangan seadanya. Kita di Malaysia berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan keamanan dan kesejahteraan yang tidak ada di sana.
Kita lihatlah sejauh mana perjuangan mereka untuk menghadapi Zionis. Kita tunggu dan lihat siapa yang kena
6.10.08
saya mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR BATIN
kepada seluruh sahabat handai yang berada di tanah air Malaysia mahupun Mesir yang tercinta. Semoga kita beroleh kebahagiaan dan keberkatan sepanjang pengajian mencari ilmu Allah Taala.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.
وَتَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ، كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ
5.10.08
RAMADHAN KARIM
Tidak terlambat rasanya untuk ucapan selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia pada tahun ini 1429 dan tidak berapa hari lagi kita akan menyambut hari raya puasa.
Sepertimana kita ketahui ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan jani-janji Allah SWT : 1- 10 hari yang pertama dijanjikan dengan rahmah
2- pertengahannya keampunan
3- 10 hari yang terakhir adalah kebebasan daripada api neraka.
Sungguh murah rezki Allah Taala tapi kita yang jual mahal. Apapun kita cuba sedaya upaya untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala kerana Dia-lah tempat bergantung semasa kita susah mahupon senang.
Jadi, selamat beramal dengan amalan soleh dan selamat Hari raya Maaf Zahir Batin kepada sahabat-sahabat di bumi Mesir dan juga di Malaysia tercinta.
Wassalam
27 ramadhan 1429
14.9.08
Syukur Jumpa Lagi
Setelah hampir 3 bulan, menyepi dari menulis aktiviti blog kini aku muncul seketika untuk mengisi ruangan yang ada seadanya..
Alhamdulillah, aku balik hari tu terus dapat kerja.
Nak tau kerja pa?
‘Saiq sayyarah fi Langkawi’ jaaa..
Pendapatan lumayan. Sangat lumayan….bak kata Ali, paling busuk hang akan dapat rm2500 sebulan tapi Alhamdulillah aku dapat lebih dari tu. Itupon setelah ditolak dengan hutang kawan2 masa aku nak beli tiket balik hari tu.
Musim ni bulan puasa dapat cuti sendiri tapi Insya Allah selepas bulan puasa sambung lagi kerja sebagai Travel Guide macam biasa. Semoga dengan kerja tersebut dapatlah meringankan bebanan minda dan kewangan setelah berhempas pulas study maut..
Dan hari ni, dengan kemudahan yang sudah ada semoga sibuk mana sekalipun harap dapat mengisi seberapa banyak isi yang perlu diisi di ruangan yang percuma nih..huhh
Laptop acer model 4530 baru kubeli, terus kusambung wayerles la. Apa lagi. Baru la puas hati..
Semoga dengan apa yang ku ada akan bertambah syukur kepada Allah Taala.
Jumpa lagi..








