25.2.08

30 SIKAP SEBAHAGIAN MAHASISWA KITA

1. Memeram pakaian kotor 3-4 minggu dan membasuhnya sekaligus sehingga menyebabkan baldi dan ampaian penuh.

2. Merendam pakaian 3-4 hari (adakalanya lebih) hingga menghasilkan bau busuk dan rakan serumah yang lain sukar hendak membasuh kerana baldi dan tandas penuh.

3. Menjemur pakaian 3-4 hari (adakalanya lebih) hingga menyusahkan rakan serumah hendak menjemur pakaian kerana ampaian penuh.

4. Bermusafir tanpa mengangkat jemuran di ampaian dengan harapan rakan serumah yang lain akan tolong angkat.

5. Tidak membantu mengangkat jemuran rakan serumah yang lain sewaktu mereka tiada di rumah walaupun hujan dah turun.

6. Mandi dan membasuh sehingga mengakibatkan bilik air banjir tetapi tiada inisiatif untuk menarik/menolak air ke lubang tandas walaupun penarik/penolak air telah disediakan.

7. Tidak pernah membersihkan dapur selepas memasak hingga mengakibatkan dapur berkerak.

8. Tidak mencuci peralatan memasak selepas memasak dengan harapan rakan lain yang akan membasuhnya.

9. Tidak inisiatif/kesedaran untuk membantu mencuci peralatan memasak walaupun rakan serumah dah tolong masak.

10. Hanya mencuci pinggan sendiri walaupun sinki penuh dengan pinggan mangkuk kotor yang lain.

11. Hanya mencuci peralatan memasak yang ingin digunakan sahaja walaupun sinki penuh dengan periuk belanga kotor yang lain.

12. Mencuci pinggan/mangkuk/cawan/kuali/periuk di bahagian dalam sahaja tanpa membasuh di bahagian tangkai dan belakang peralatan tersebut hingga mengakibatkan peralatan menjadi reput dan berkerak. (adakalanya cuci pun tak guna sabun)

13. Meninggalkan seketul lauk di dalam pinggan dengan harapan sesiapa yang habiskan lauk tersebut, dialah yang akan mencuci pinggan walaupun dia sendiri yang makan paling banyak.

14. Meninggalkan baki makanan yang sedikit dalam pinggan/mangkuk yang besar.

15. Menghidangkan makanan di dalam kuali/periuk kerana malas nak membasuh banyak benda.

16. Menjadikan perbuatan menyumbat sinki sebagai hobi dan tiada inisiatif untuk membetulkan aliran air dan membersihkan sinki.

17. Menghiasi dapur dengan kulit bawang dan kentang dan serpihan-serpihan sayur yang lain.

18. Meludah dan membuang hingus di dalam sinki tapi tak siram.

19. Tidak membuat jadual ke pasar kununnya menfleksibelkan masa dan bertolak ansur dengan rakan serumah yang lain tapi balik-balik rakan serumah aje yang terpaksa ke pasar dan bertolak ansur dengan dia.

20. Menghiasi ruang tamu dengan habuk dan sampah di atas permaidani. (Rumah tak pernah bersapu)

21. Tidak membersihkan sawang dengan alasan sawang labah-labah inilah yang menyelamatkan Rasulullah di Gua Thur dulu.

22. Menyepahkan rumah orang lain sewaktu menjadi tetamu.

23. Menjadikan tetamu ramai sebagai alasan rumah bersepah.

24. Masuk ke bilik atau terus menerus mengadap komputer apabila tetamu datang ke rumah (khususnya tetamu kepada rakan serumah yang lain). Tidak keluar bermesra/melayan tetamu dengan anggapan siapa punya tetamu, dialah yang kena layan.

25. Membawa kawan-kawan atau tetamu yang ramai pulang ke rumah atau membuat kenduri tanpa memberitahu rakan serumah yang lain.

26. Melazimi amalan makan self-service walaupun rakan lain semua ada di rumah.

27. Keluar bermusafir berhari-hari tanpa memberitahu rakan serumah.

28. Tidak mengambil tahu ke mana rakan serumah pergi. (entah hilang ke, kena culik ke)

29. Membawa masalah luar pulang ke rumah dan seterusnya bermasam muka dengan rakan serumah hingga membuat rakan serumah yang lain terpinga-pinga.

30. Menjadikan alasan sibuk dengan urusan persatuan dan pelajaran hingga tiada masa untuk mengurus rumah walaupun banyak masa bermain computer game dan tidur hingga separuh hari.

note : Sekadar memuhasabah diri ini..

No comments: