29.4.08


Bergambar Bersama Tanda Kenang-Kenangan

reUnion Y2

Assalamualaikum.
17 April 2008 -Syukur dipanjatkan kepada Allah Taala kerana masih lagi diberi nikmat Iman & Islam. Terlupa aku untuk mencoretkan kenangan dan makluman tentang majlis alumni Yayasan Khairiah Kupang Baling Kedah tempoh hari. Mungkin aku terlalu sibuk dengan peperiksaan agaknya. Ini merupakan kali pertama aku join program tersebut dalam tempoh 3 tahun keberadaan aku di sini. Seingat aku program sebegini diadakan setiap tahun, cuma tahun ini ada rezeki dapat jumpa kawan-kawan lama dari pelbagai muhafazah. Tempatnya seperti biasa, rumah Ust. Zahran. Rata-rata yang hadir merupakan batch SPM 02 & STAM 03. Inilah yang membuatkan aku terkenang kembali pengalaman lama ketika di Yayasan sana. Walaupon hanya 2 tahun bersama, bagi aku pengalamannya sungguh berharga.
Nama-nama seperti Zahran, Farid, Baim, Azilan, Farhan, Pak Ndak, Hamdi, Pak Arab, Amin, Zulhilmi, Majdan, Uti, Firdaus, Ikhwan, Fakhrul, Aman, Pian, Hasan dan ramai lagi nama-nama yang tidak disebut di sini. Kalian semua dalam ingatan. Kami bukan sekadar berjumpa, tetapi gotong royong memasak, panggang ayam dan ikan untuk jamuan sebelah malam dan juga ucapan khas dari wakil alumni.( Maap la, aku tak buat keja & pi lewat sebab meeting SP ). Turut hadir sama pada program ini ialah Ust. Hadi Awang dan Ust. Nazrul Nasir yang sanggup turun dari Kaherah untuk bersama menjayakannya.

Akhirnya, majlis alumni sederhana ini walaupun nampak santai tetapi berjaya menghimpunkan semula sahabat-sahabat lama yang terpisah kerana membawa haluan masing-masing dalam pengajian biarpun hanya semalaman di Tanta. Semoga ukhwah Islamiah kita kekal selamanya. Insya’Allah dan semoga bertemu lagi.
Wassalam.










DI Hadapan SMAYK Tahun 2007

4.00am


1 comment:

UstazK said...

selamat berkenalan