15.5.08


PERTEMPURAN SUDAH BERMULA

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلا ة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره و ولاه

Seperti mana maklum, exam telah pon bermula khususnya yang bawa madah Tauhid (Takhaluf) macam saya ni. Susah tak terhingga katanya. Tak berani pulak nak target lulus sebab exam kat sini lain dari yang lain. Tapi kena la yakin dengan kajayaan tu. Apa-apa pon kita tunggu dan lihat je lah keputusan nanti. Ini baru permulaan…

17 Mei 2008, Sabtu(esok) akan bermulalah peperangan minda memerah otak dalam menentukan diri ini layak ke tahun 3 atau sebaliknya.

Semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan jika mereka menggunakan potensi mereka secara optima. Oleh kerana peperiksaan mementingkan keberkatan maka pelajar mesti membuat persediaan rohani & jasmani dengan penuh kepastian bukan sekadar asal belajar sahaja.

Sikap dan pemikiran yang positif, cita-cita atau matlamat yang tinggi, motivasi diri yang sentiasa menggunung, teknik belajar dan ulangkaji yang sistematik, pengurusan masa yang berkesan dan latihan yang berterusan adalah prasarana yang membolehkan anda menjadi pelajar yang cemerlang. Tidak ada jalan pintas untuk kejayaan (there is no short cut to success) dan yang lebih penting dan terpenting adalah banyak menghafal dan faham.

Tiada gunanya tinggi keazaman dan sebagainya tanpa menghafal dan faham. Itulah uniknya Al-Azhar.

Pesanan untuk diri ini, ikhlasan hati dalam mencari ilmu yang pelbagai dan unik di bumi Anbiya’ ini.

“If you want to get the results that winners get, you must first think like a winner thinks”.

(Dr. Staples W.D.)

However desire without action will not bring about results. So make a decision to act and start now because the earlier you start the more time you have to prepare yourself for the examination and time lost will never be regained.

‘Selamat Maju Jaya’

No comments: