18.4.09

Jaulah Makam Satu Barakat


MERISIK MARDOTILLAH DI BUMI ANBIYA’


Pada 17 April yang lalu, Jumaat - DPMT mengambil kesempatan untuk menganjurkan program Jaulah ke makam-makam para ulama’ dan auliya’ sekitar Qaherah.
Lebih 100 ahli yang menyertai program kali ini atau 8 tramco. Saya menaiki tramco B4 seramai 14 orang yang diketuai oleh Ustaz Adnan. Ahli lain dalam group saya ialah Ustaz Aza Firdaus, Baharudin, Yazid, Rizaini, Hamizan,Hafiq, Syazwan, Adam, Firdaus, Aceng dan …lupa. Kami bertolak seawal jam 630 pagi dan smpai di sana sekitar jam 930 pagi dan pulang ke Tanta dalam sekitar jam 11 malam dengan selamat.

Antara maqam yang diziarahi adalah Maqam Syeikh Zaki Ibrahim ra, Sayyidi Ali Al-Jaafari, Sayyidi Ibnu Hajar al-Asqolani, Sayyidi Zakaria Al- Ansari,Imam Asy-Syafie ra(hatiku bersangat suka ketika berada di sini kerana ianya idolaku)
Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari, Saidah Fathimah binti Saidina Hussin bin Ali Radiallahu anha
dan banyak lagi yang tak dapat disebut kerana banyak sangat.
(nama di atas, bukan secara turutan)
Melengkapi lagi jaulah kali ini ialah solat jumaat di Masjid Sultan Hasan yang terkenal Masjid Empat Mazhab bersebelahan Masjid Refaie. Tempat ini sangat ma’ruf dikalangan mahasiswa kita.

Antara objektif yang saya perolehi ialah,

1- dapat merapatkan ukhwah antara peserta walaupon tak sempat nk kenal semua. Ramai sangat la.
2- dapat kenal tuan makam yang merupakan tokoh terkenal. Semoga bertambah kecintaan kita kepada mereka.
3- dapat berdoa dan bertawassul ditempat mustajab
4- mencari ketenangan walaupon selepas itu diuji dengan sakit mata. Moga dijadikan kifarah menghapuskan dosa-dosa ini.
5- mendekatkan diri kepada Allah Taala.
6- semoga mendapat keberkatan daripada Allah Taala dan sebagainya.

Akhir kalam, semoga dengan program sedemikian dapatlah kita jadikan pedoman dan panduan dalam hidup.ingatlah wahai Naim Ku Ahmad hidup ini bukan sia-sia.

Jauh perjalanan luas pemandangan menambah thaqafah

Wassalam.
Subuh dinihari
19 April 09

2.4.09

PM baru


Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya dilantik PM Malaysia keenam setelah menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun. Maka dengan ini sempurnalah teori R.A.H.M.A.N yang dicanang orang politik.
Dilahirkan pada 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung PM kedua Tun Abdul Razak Hussein

Beliau mendapat pendidikan awal di St John Institution, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Maven Boy's College, Worchestershire, England kemudiannya melanjutkan pelajaran ke University Of Nottingham, England dan mendapt ijazah pertama dengan kepujian dalam bidang ekonomi industri pada 1974.

Bukan calang-calang orang tau PM baru kita ni. Sampai obesi sana tu dia study.

Tapi perlulah kita ingat sepandai-pandai manapun PM kita semua, kalau tidak meletakkan Al-Quran & Sunnah sebagai panduan maka tunggulah saat kejatuhan dari tingkat 6 ke paras dasar tapak kaki 6 inci.huhh

Ucapan tahniah kepada PM baru dari rakyat mu ini. Semoga hasil kamu berbaloi dengan usaha yang dilakukan sebelum dan selepas PM.