14.9.08

Syukur Jumpa Lagi


Setelah hampir 3 bulan, menyepi dari menulis aktiviti blog kini aku muncul seketika untuk mengisi ruangan yang ada seadanya..

Alhamdulillah, aku balik hari tu terus dapat kerja.
Nak tau kerja pa?
‘Saiq sayyarah fi Langkawi’ jaaa..

Pendapatan lumayan. Sangat lumayan….bak kata Ali, paling busuk hang akan dapat rm2500 sebulan tapi Alhamdulillah aku dapat lebih dari tu. Itupon setelah ditolak dengan hutang kawan2 masa aku nak beli tiket balik hari tu.

Musim ni bulan puasa dapat cuti sendiri tapi Insya Allah selepas bulan puasa sambung lagi kerja sebagai Travel Guide macam biasa. Semoga dengan kerja tersebut dapatlah meringankan bebanan minda dan kewangan setelah berhempas pulas study maut..

Dan hari ni, dengan kemudahan yang sudah ada semoga sibuk mana sekalipun harap dapat mengisi seberapa banyak isi yang perlu diisi di ruangan yang percuma nih..huhh

Laptop acer model 4530 baru kubeli, terus kusambung wayerles la. Apa lagi. Baru la puas hati..

Semoga dengan apa yang ku ada akan bertambah syukur kepada Allah Taala.

Jumpa lagi..

Selamat Balik Malaysia


Dua puluh empat Jun dua kosong kosong lapan. Sekali lagi pada tahun ini, dapat lagi pulang ke Malaysia yang tercinta gak. Kepulangan kali ni bukan untuk bercuti bersama family tapi….

kerja la, cari duit poket. Susah payah aku bertekat juga nak balik juga walaupon ada rintangan & halangan daripada pelbagai sudut termasuklah dugaan untuk dapatkan duit tiket. Alhamdulillah, ramai kawan tolong. Moga hempa semua dibalas kebaikan dan aku takkan lupa jasa semua. Sengaja aku rakamkan di ruangan peribadi ini adalah untuk mengenangkan susah senang bersama.

perghhh, macam ni la kalau tau kat family aku tobat depa marah. Mai nak mengaji ka nak keja? Itulah kata-kata pedas yang akan ku hadapi kelak. Tapi itulah mahasiswa, kena pandai dan kreatif, sesuai dengan trade-mark “minda kreatif” katakan.

Apapon, berani tanggung risiko dan tidak melanggar hak asasi.

Doa kan ku supaya dipermudahkan urusan dunia.

3.07 am

Artikal ni la yg aku nak masuk tp x sempat..

kapal dah nak terbang