22.6.08


gambar ni terjumpa kat http://.bustanmawaddah.blogspot.com

Tanta Scan, 17 Jun. Pertama kalinya dalam sejarah ku di sini join Projek Bakar Ayam (PBA) yang telah berjaya dilaksanakan dengan meriahnya di atas suthuh Imarah Melayu Tanta Scan.
Kehadiran sangat memberangsangkan daripada ahli-ahli imarah dan sebagainya termasuklah sahabat arab Mohd Shita yang ku kenali.
Antara objektif dilaksanakan ialah untuk meraikan kejayaan menghadapi imtihan yang lalu dan untuk meraikan pelajar-pelajar yang akan pulang ke Malaysia terutamanya pelajar tahun 4 serta yang sewaktu dengannya dan juga untuk merapatkan ukhuwah antara ahli-ahli di sekitar imarah ni.
Dengaq kata ramai yang nak balik. Tak kisah la, sebab saya pon nak balik gak.
Ok la. Selamat balik dan selamat mai sini pulak dan jumpa lagi tahun depan di majlis yang sama, Insya-Allah.

p/s : Lewat sikit nak post sebab line tak sihat.

8.6.08

EURO 2008 Pulak

Exam dah habis Euro 2008 la pulak, yang sedang berlangsung di Austria dan Switzerland selaku penganjur bersama bermula dari 7 hingga 29 Jun 2008. Kejohanan ini akan disertai oleh 16 pasukan dari benua mana ntah.
Disamping tu juga dapat kita mengenali negara-negara tersebut dan bukan sekadar tengok bola ja. kan?
Itu hebatnya students kat sini. Serba boleh katanya. Tapi talaqqi jangan lupa udah la.

“Masa Itu Pedang”. Silap guna padah la ganjarannya. (Nasihat untuk diri sendiri je)
Okies. Selamat maju jaya & berhibur.

Dapatkan maklumat penuh di mana-mana web sukan dan juga blog nih dan sebagainya.
& Lawati: http://ms.wikipedia.org/wiki/UEFA_Euro_2008

4.6.08

copypaste

Wei, Minyak Naik lagi

Negaraku :yah00. Minyak naik lagi. Perdana Menteri yang disayangi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan harga baru minyak seperti berikut, Petrol : dari RM1.92 kepada RM2.70,Diesel : dari RM1.58 kepada RM2.58.
Aku pikiaq la, Ini merupakan hadiah intro dari kerajaan yang baru menang hari tu
kepada rakyat jelata. Lepas ni ada lagi. Tunggu..
Bagi kita kat sini, minyak dah naik pon sebelom ni lagi. Tapi tak la seteruk sana. Orang sini kena ish baladi, ful ,tokmiah pon dah boleh hidup dah. Kalau sana tak tau lah. Malaih aku nak mengata. Kita tunggu dan tengok ja la.

Pikiaq sat n00..

lawati- http://adukataruna.blogspot.com



30.5.08


SEMALAM BERSAMA MB KEDAH

Kaherah, 29 Mei : Walaupon masih dalam fatrah imtihan, sempat juga curi masa turun ke Kaherah untuk bersama dengan YAB Ustaz Haji Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman yang baru ni. Bagi pelajar2 Kedah rugi bangat dong kalau ngak turun, tapi depa mungkin tengok kat tvMKKK kot yang mana disiarkan secara langsung di www.mymkkk.org
Kemaghin, Aku nyaris ditinggalkan bas rombongan ke sana kerana lewat sikit ja. Sampai hati depa tak miscall bagitau nak pi dah. Tapi apa pon syukur la dapat sampai gak. Memang ramai yang turun untuk bersama MB ni. Seperti mana maklum, lawatan MB ke sini adalah untuk melawat anak-anak Kedah dan turut sama merasmikan Bangunan Asrama Baru MKKK yang ke-3 kat
Haiyu Sabiek.
Majlis simple, buat kat depan rumah baru ja. Tak payah dok sewa dewan besaq2. Baziaq ja kan..
Ok la.Salam & Selamat imtihan..

23.5.08


Tahniah MU

Manchester United membuktikan mereka pasukan yang terbaik musim ini apabila merangkul kejuaraan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, malam semalam. Kejayaan menewaskan Chelsea kat Stadium Luzhniki Moscow sangat diharapkan oleh peminat2 macam kami nih, selepas menjuarai liga EPL yang lalu mengatasi team yang sama.

Rugi lah sapa yang tak tengok. Memang best sangat. Kebetulan game tu selepas sattle exam paper ke-2(English). Tak la menggangg gugat study ku(Fiqh Muqaran). Ingatkan dah nak kalah. Nasib baik la si sorang ni sepak penalti tak masuk. Pejam mata kot!

Bagi peminat kelab2 lain macam Chelsea, Arsenal, Liverpool khususnya, janganlah kecewa dan jangan pula sampai tak tegoq kawan2 coz team anda tak kuat.(Jangan marah)

Apa2 pon teruskan study sebab exam tak abis lagi..
go go go MU.

21.5.08


SAHABAT SEJATI

kau sahabat kami yang sejati,
kau ahli, bukannya orang lain pon,
tanpa mu siapa lah kami (moja ja)
kau sangat tak berguna kepada kami, pulak
dari dulu sampai la ni..bukan kedah lanie

http://kedahlanie.blogspot.com

sabaq?
rupanya kau tak sempurna dan tak dihargai,
dan tak pernah pula menghargai,
boleh jadi kami tak akan hargai (sajamu)
kerana kau tak pernah berbuat jasa,
buat masalah adalah,
pinggan tak pernah kilat, tu pon nak yang baru,
cawan lagilah, nasib baik ada pril,

www.designboom.com/trash/pril.html
harta rumah buat macam hak sendiri,
moral: lepaih ni bagi balik harta orang

sabaq?
cakap kencang buat macam haram,
tengok luaq macam ok,dalam macam hampeh gak,
nak pimpin orang, diri sendiri macam siput,
pandai pulak tu cipta alasan, bagi alasan besalah tu,
aku tak mohong aih..

sabaq?
klentong hidup2 sebab nak laghi la,
malaih la tuh, pastu guna orang lak nak klentong orang,
ingat kita ni TONTO kot,

www.elmono-tonto.com
nasihat orang tak nak dengaq, besalah orang gadaq,
gadaq hindi adalah.

sabaq?
ingatkan dengan aku ja macam ni,
ghupanya ramai lagi dah jadi mangsa,
ini lagi power,
buat kerja ikut kepala otak sendiri,
ingat bapak dia punya kilang,
kilang pasiaq pon boleh bengrap pa,
kalau macam nih sampai tua,
mampuih orang keliling pinggang,
pikiaq-pikiaq la sebelum pulang....

siakap senohong gelama ikan duri,
cakaplah bohong nanti orang lari.

Sekian.


sekadar intertainment tahun 2008,
tak dak kena mengena dengan yang tak hidup dan yang dah mati.
(dia masih lagi hidup) atas tulang 5 kerat bantuan orang.

(Anugerah Pemenang Sajak Terbaik Peringkat Kamsis)

Terbitan : sb.com.eg
Pruf : mahaguru
Forn : Calibri
Saiz : 10

MENGENALI SEJARAH MESIR.

Mesir (Bahasa Arab:Misr) merupakan sebuah negara di Afrika Utara. Mesir bersempadan dengan Libya, Sudan, Jalur Gaza dan Israel serta Laut Mediterranean dan Laut Merah. Mesir merupakan antara negara Arab terpenting di Timur Tengah.
Walaupon dalam fatrah imtihan, berminat saya untuk menyediakan maklumat (hanya sediakan sahaja) tentang Mesir iaitu negara yang kami tinggal sekarang.(kira negara kami gak la) kerana di sini jugalah terdapatnya Universiti Al-Azhar yang terulung itu dan jangan kita lupa di sini jugalah adanya Firaun yang mengaku dirinya tuhan.Pandai-pandai la buat pilihan mana yang terbaik.Kata orang
(oghang yang kata), tak kenal maka tak cinta. Kenal sikit pon tak pa dah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman ni...
http://akulelaki.wordpress.com/2008/05/09/mesir-purba/