6.10.08


saya mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

&

MAAF ZAHIR BATIN

kepada seluruh sahabat handai yang berada di tanah air Malaysia mahupun Mesir yang tercinta. Semoga kita beroleh kebahagiaan dan keberkatan sepanjang pengajian mencari ilmu Allah Taala.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

وَتَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ، كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ





5.10.08

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

RAMADHAN KARIM

Tidak terlambat rasanya untuk ucapan selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia pada tahun ini 1429 dan tidak berapa hari lagi kita akan menyambut hari raya puasa.

Sepertimana kita ketahui ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan jani-janji Allah SWT : 1- 10 hari yang pertama dijanjikan dengan rahmah
2- pertengahannya keampunan
3- 10 hari yang terakhir adalah kebebasan daripada api neraka.

Sungguh murah rezki Allah Taala tapi kita yang jual mahal. Apapun kita cuba sedaya upaya untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala kerana Dia-lah tempat bergantung semasa kita susah mahupon senang.

Jadi, selamat beramal dengan amalan soleh dan selamat Hari raya Maaf Zahir Batin kepada sahabat-sahabat di bumi Mesir dan juga di Malaysia tercinta.

Wassalam

27 ramadhan 1429

14.9.08

Syukur Jumpa Lagi


Setelah hampir 3 bulan, menyepi dari menulis aktiviti blog kini aku muncul seketika untuk mengisi ruangan yang ada seadanya..

Alhamdulillah, aku balik hari tu terus dapat kerja.
Nak tau kerja pa?
‘Saiq sayyarah fi Langkawi’ jaaa..

Pendapatan lumayan. Sangat lumayan….bak kata Ali, paling busuk hang akan dapat rm2500 sebulan tapi Alhamdulillah aku dapat lebih dari tu. Itupon setelah ditolak dengan hutang kawan2 masa aku nak beli tiket balik hari tu.

Musim ni bulan puasa dapat cuti sendiri tapi Insya Allah selepas bulan puasa sambung lagi kerja sebagai Travel Guide macam biasa. Semoga dengan kerja tersebut dapatlah meringankan bebanan minda dan kewangan setelah berhempas pulas study maut..

Dan hari ni, dengan kemudahan yang sudah ada semoga sibuk mana sekalipun harap dapat mengisi seberapa banyak isi yang perlu diisi di ruangan yang percuma nih..huhh

Laptop acer model 4530 baru kubeli, terus kusambung wayerles la. Apa lagi. Baru la puas hati..

Semoga dengan apa yang ku ada akan bertambah syukur kepada Allah Taala.

Jumpa lagi..

Selamat Balik Malaysia


Dua puluh empat Jun dua kosong kosong lapan. Sekali lagi pada tahun ini, dapat lagi pulang ke Malaysia yang tercinta gak. Kepulangan kali ni bukan untuk bercuti bersama family tapi….

kerja la, cari duit poket. Susah payah aku bertekat juga nak balik juga walaupon ada rintangan & halangan daripada pelbagai sudut termasuklah dugaan untuk dapatkan duit tiket. Alhamdulillah, ramai kawan tolong. Moga hempa semua dibalas kebaikan dan aku takkan lupa jasa semua. Sengaja aku rakamkan di ruangan peribadi ini adalah untuk mengenangkan susah senang bersama.

perghhh, macam ni la kalau tau kat family aku tobat depa marah. Mai nak mengaji ka nak keja? Itulah kata-kata pedas yang akan ku hadapi kelak. Tapi itulah mahasiswa, kena pandai dan kreatif, sesuai dengan trade-mark “minda kreatif” katakan.

Apapon, berani tanggung risiko dan tidak melanggar hak asasi.

Doa kan ku supaya dipermudahkan urusan dunia.

3.07 am

Artikal ni la yg aku nak masuk tp x sempat..

kapal dah nak terbang

22.6.08


gambar ni terjumpa kat http://.bustanmawaddah.blogspot.com

Tanta Scan, 17 Jun. Pertama kalinya dalam sejarah ku di sini join Projek Bakar Ayam (PBA) yang telah berjaya dilaksanakan dengan meriahnya di atas suthuh Imarah Melayu Tanta Scan.
Kehadiran sangat memberangsangkan daripada ahli-ahli imarah dan sebagainya termasuklah sahabat arab Mohd Shita yang ku kenali.
Antara objektif dilaksanakan ialah untuk meraikan kejayaan menghadapi imtihan yang lalu dan untuk meraikan pelajar-pelajar yang akan pulang ke Malaysia terutamanya pelajar tahun 4 serta yang sewaktu dengannya dan juga untuk merapatkan ukhuwah antara ahli-ahli di sekitar imarah ni.
Dengaq kata ramai yang nak balik. Tak kisah la, sebab saya pon nak balik gak.
Ok la. Selamat balik dan selamat mai sini pulak dan jumpa lagi tahun depan di majlis yang sama, Insya-Allah.

p/s : Lewat sikit nak post sebab line tak sihat.

8.6.08

EURO 2008 Pulak

Exam dah habis Euro 2008 la pulak, yang sedang berlangsung di Austria dan Switzerland selaku penganjur bersama bermula dari 7 hingga 29 Jun 2008. Kejohanan ini akan disertai oleh 16 pasukan dari benua mana ntah.
Disamping tu juga dapat kita mengenali negara-negara tersebut dan bukan sekadar tengok bola ja. kan?
Itu hebatnya students kat sini. Serba boleh katanya. Tapi talaqqi jangan lupa udah la.

“Masa Itu Pedang”. Silap guna padah la ganjarannya. (Nasihat untuk diri sendiri je)
Okies. Selamat maju jaya & berhibur.

Dapatkan maklumat penuh di mana-mana web sukan dan juga blog nih dan sebagainya.
& Lawati: http://ms.wikipedia.org/wiki/UEFA_Euro_2008

4.6.08

copypaste

Wei, Minyak Naik lagi

Negaraku :yah00. Minyak naik lagi. Perdana Menteri yang disayangi, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan harga baru minyak seperti berikut, Petrol : dari RM1.92 kepada RM2.70,Diesel : dari RM1.58 kepada RM2.58.
Aku pikiaq la, Ini merupakan hadiah intro dari kerajaan yang baru menang hari tu
kepada rakyat jelata. Lepas ni ada lagi. Tunggu..
Bagi kita kat sini, minyak dah naik pon sebelom ni lagi. Tapi tak la seteruk sana. Orang sini kena ish baladi, ful ,tokmiah pon dah boleh hidup dah. Kalau sana tak tau lah. Malaih aku nak mengata. Kita tunggu dan tengok ja la.

Pikiaq sat n00..

lawati- http://adukataruna.blogspot.com