13.2.08

-::JADIKAN HARI INI, HARI TERBAIK KITA::-


1. Dalam satu hari harus ada buku yang dibaca, harus ada tilawah al-Quran, harus ada sedekah yang ditebarkan, harus ada keikhlasan yang ditanam, harus ada kesabaran yang diteguhkan, harus ada perjuangan yang dikumandangkan, harus ada semangat yang terus ditiupkan, harus ada solat yang ditegakkan, harus ada zikir yang dilafazkan, harus ada dakwat yang ditumpahkan, harus ada dakwah yang dikembangkan, harus ada jihad yang dikobarkan…

2. Setiap hari kita harus melakukan perubahan yang besar. Perubahan itu wujud pada peningkatan kualiti hidup kita. Pada awalnya lemah menjadi kuat, bodoh menjadi pintar,kufur menjadi iman, lalai menjadi ingat,malas menjadi rajin dan penakut berubah menjadi pemberani.

3. Keyakinan kepada Allah adalah modal yang utama. Modal dasar bagi setiap mukmin. Justeru, dari sanalah terpancar sinar keberanian, ketenangan, kegembiraan, semangat yang menyala-nyala dan kesabaran yang berlipat ganda. Mereka yang berhasil memanfaatkannya dengan baik kelak akan berjaya dunia akhirat. Sebaliknya bagi mereka yang tidak memanfaatkannya, jiwa mereka akan resah gelisah, fikiran mereka kacau bilau, tubuh mereka kesakitan, ketakutan melanda mereka dan ketidakjelasan tujuan hidup menghantui mereka.

4. Setiap mukmin diminta untuk bekerja meskipun hasil pekerjaannya belum dapat dimanfaatkan oleh dirinya sendiri, keluarga, masyarakat dan apa jua makhluk termasuk haiwan. Dia tetap wajib bekerja kerana bekerja merupakan hak Allah dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepadaNya. (Dr. Yusuf al-Qaradhawi)

5. Seseorang mukmin sangat kikir terhadap waktu. Dia tidak rela membuangnya begitu sahaja atau terbang dibawa angin. . (Dr. Yusuf al-Qaradhawi)

6. Hindarilah sifat malas dan mudah bosan kerana keduanya merupakan sumber kejahatan. Apabila kamu malas, maka kamu tidak akan tabah dalam menegakkan kebenaran. (Imam Muhammad al-Baqir)

7. Barangsiapa di waktu petangnya kelelahan kerana bekerja dengan tangannya sendiri maka di waktu petang itulah juga dosanya akan diampunkan. ( HR. Thabrani)

8. Tubuh tidak akan lemah sepanjang niat yang dimilikinya kuat.

(HR. Imam Jafar ash-Shadiq)

9. Jiwa memerlukan latihan yang berterusan dan tidak berhenti. Latihan untuk melakukan pekerjaan pahlawan, untuk bersungguh-sungguh dan berijtihad, berfikir dan menganalisis untuk mendalami masalah. Meskipun kamu berasa lemah, jika dilatih secara berterusan akan menjadi semakin kuat. (Syakhsiyah najihah :32)

p/s: "Jika saya lena, kejutkan lah saya. Jika saya jatuh bangunkanlah saya sbb saya hanya seorang insan yg lemah".

Kejohanan Piala Exco 2008


ISTAD,Tanta.Kejohanan Piala Exco 2008 DPMT sudah berlalu.Ada yang kalah dan ada yang menang biasa tu.adat perlawanan.Apa yang penting hadaf dan objektif DPMT berjaya dan terlaksana.
Team aku tahun ni berjaya layak ke pusingan ke-2 je..Itupon satu pencapaian terbaik bagi kami sepasukan...
kepada semua pasukan yang pulang awal, tahun depan cuba lagi...

22.1.08


ReUnion Batch STAM 05/06 Meriah”

ISTAD- 22 Jan 2008 Terciptanya sejarah bagi kami dalam tempoh 3 thn di Tanta ini,

dapat bertemu dan bersua muka dalam satu program yang dianjurkan, tidak dirancang secara rapi tetapi dianggap berjaya….

“Perlawanan Bola Sepak Ukhwah Batch STAM 05/06”

Sesuai tak nama ni?

Tahniah le kepada sahabat-sahabat yang bejaya hadir ke Istad tempoh hari dan berjaya melawan godaan Saratoga yang menggamit dan mencengkam tubuh di pagi hari musim dingin bangat ini…

Walaupon team aku kalah,tapi tak lah seteruk team yang satu lagi tu.Pasukan belasahan..

(cuba teka team sapa tu)

Itu tidak penting tetapi yang kita harapkan UKHWAH yang terjalin selama ini semakin kukuh..InsyaAllah

-::semoga berjumpa lagi di waktu yang lain::-

20.1.08

-::PENGUASAAN ILMU::-

Ilmu - ilmu asas yang perlu dikuasai selain pengkhususan bidang

di kuliyyah untuk diterokai dan dikuasai sepenuhnya oleh kita

(MAHASISWA) adalah seperti berikut :-

Bil

Senarai Ilmu Asas

Catatan

1

Al-Quran a-Karim

8 juzuk /30 juzuk

2

Al-Sunnah Al-Muthahharah

Sohih Bukhari / Muslim

3

Ilmu Aqidah

Tauhid

4

Al-Feqh Dan Usul Feqh

4 Mazhab /Nihayatul Sul

5

Al-Tasauf, Falsafah Serta al-Akhlaq


6

Al-Sirah Dan Tarikh Al-Am


7

Ilmu Dakwah


8

Bacaan Umum


> http://mini_library.blogspot.com.eg in the making…..

19.1.08

Apa Aktiviti Anda Pada Musim Cuti Semester Pertama ini ?

Antaranya ialah :-

BIL

PERKARA

1

Ø Hafal Al-Quran

2

Ø Murajaah Kitab Kuliah SEM 2

3

Ø Talaqqi kitab2 Umumi

4

Ø Latihan Bahasa Arab

5

Ø Sentiasa Berhiwar Dalam Bhs Arab

6

Ø Dan sebagainya yang memberi manfaat bersama.

Semoga Kita Berjaya…

17.1.08

ImtihAn FASA 1 2007/2008

SUBJEK

TARIKH

CATATAN




1- Tafsir Ayat Ahkam

5 Jan 2008

50/50

2- Qadhaya Fiqh Muasarah

9 Jan 2008

muqarar bizzob,bleh jwb ke tidak? . 50/50

3- Tauhid

12 Jan 2008

50/50

4- Bahasa Arab

16 Jan 2008

50/50


Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana sekali lagi mengizinkan kami menduduki imtihan fasa 1 ini dalam keadaan tenang dan selamat walaupon bermacam2 dugaan perlu ditempuhi.

-imtihan dalam kesejukan. = tapi ini bukan satu alasan untuk terus maju setapak ke hadapan, tahun 3.insyaallah (doakan kami)

-hafal last minit = no komen la, coz kamu semua pon tahu dan aku pon tahu.

Moga jumpa lagi imtihan fasa 2.

syukran kawan2 coz banyak Bantu, terutamanya ketua kelas,ketua kamsis,kawan2 sekuliah dll.

tawakkaltu ala Allah………

16.1.08

Salam Maal Hijrah1429

Selamat Menyambut Awal Muharram 1429 kepada semua sahabat2 seperjuangan tidak kira dimana jua kalian berada.Sama2 lah kita tingkatkan amalan...InsyAallah robbuna naggah.

sepertimana kita tahu,

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Peristiwa Penting

1 Muharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharram

  • 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit