“MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULULLAH SAW”
(Sempena Maulidur Rasul SAW 1429 Hijrah)
PENDAHULUAN
· TAKRIF SIRAH
Sirah berasal dari perkataan arab, yang membawa maksud perjalanan dan perilaku.
KEISTIMEWAAN SIRAH
· Sirah Nabi SAW mempunyai pelbagai keistimewaan yang menjadikan pengajiannya satu kepuasan roh, akal dan nilai sejarah. Pengajian ini juga menjadi kemestian ulama, pendakwah kepada Allah dan pengislah sosial. Pengajian ini menjamin mereka mampu menyampaikan Syariah (ajaran Islam) kepada orang ramai dengan pendekatan yang menarik.. Pengajian ini juga akan membuka hati dan jiwa manusia untuk menerima pendakwah. Dengan itu, pengislahan yang diseru oleh para pengislah lebih menghampiri kejayaan dan lebih menepati sasaran.
Kami ringkaskan keistimewaan Sirah Nabi s.a.w. yang paling menonjol dalam perbincangan berikut:
· Pertama : Sirah Nabi s.a.w. istimewa lantaran ia merupakan sirah yang menceritakan sejarah Nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih. Sirah Rasulullah SAW telah kita terima melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan paling pasti.
· Kedua: Kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas; sejak perkahwinan bapa Baginda, Abdullah dengan ibu Baginda, Aminah sehingga Baginda SAW wafat.
· Ketiga: Sirah Rasulullah s.a.w. menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun ia tidak mengeluarkan Baginda daripada sifat kemanusiaannya
· Keempat: Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiliki manusia. Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi semua aspek kemanusiaan dalammasyarakat. Ini menjadikan Baginda contoh teladan yang baik untuk setiap pendakwah,panglima, bapa, suami, kawan, pendidik, politikus, ketua negara dan demikianlah seterusnya.
· Kelima: Sirah Muhammad s.a.w. adalah satu-satunya sirah yang memberi dalil yang tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Ia adalah perjalanan hidup seorang manusia kamil.
· SEPUTAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
- SEJARAH
Al-Hafizh Ibnu Katsir menyebutkan dalam kitabnya Al-Bidayah wan Nihayah (11\172) bahwa Daulah Fathimiyyah ‘Ubaidiyyah nisbah kepada ‘Ubaidullah bin Maimun Alqadah Alyahudi yang memerintah Mesir dari tahun 357 H-567 H. Merekalah yang pertama-tama merayakan perayaan-perayaan yang banyak sekali diantaranya perayaan Maulid Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Keterangan ini ditulis juga oleh Al-Maqrizy dalam kitabnya Al- Mawa’idz wal I’tibaar (1\490), dan Syaikh Muhammad Bakhit Al-Muthi’i mufti Mesir dalam kitabnya Ahsanul Kalam fiima Yata’allaqu bissunnah wal Bid’ah minal Ahkam [halaman 44- 45], dan Syaikh ‘Ali Mahfudz menyetujui mereka dalam kitabnya yang baik Al-Ibdaa’ fii Madhaarr Al-Ibtidaa’ [halaman 251] dan selain mereka masih banyak lagi. Jadi yang pioneer mensyariatkan perayaan ini mereka adalah orang-orang Zindiq (menampakkan keislaman untuk menyembunyikan kekafiran) Al-‘Ubaidiyyun dari Syi’ah Rafidhah keturunan Abdullah bin Saba Al-Yahudi. Mereka tidak mungkin melakukan yang demikian karena cinta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tetapi karena ada maksud lain yang tersembunyi.
Namun ada yang berpendapat bahawa Perayaan ini dimulakan oleh Salehudin Al-Ayubi ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Gabenor di Haramain(Makkah dan Madinah) dari tahun 1174-1193 M atau 570-590 H pada Dinasti Bani Ayyub. Salahuddin mempunyai niat atau berpendapat semangat juang umat Islam harus dihidupkan kembali dengan cara mempertingkatkan kecintaan umat kepada Nabi mereka. Salahuddin memperingatkan umat Islam di seluruh dunia agar hari lahir Nabi Muhammad SAW, 12 Rabiul Awal kalender Hijriyah, yang setiap tahun berlalu begitu saja tanpa diperingati, kini harus diraikan.
Ketika Salahuddin meminta persetujuan dari khalifah di Baghdad yakni An-Nashir, ternyata khalifah setuju. Maka pada musim ibadah haji bulan Dzulhijjah 579 H (1183 Masehi), Salahuddin sebagai gabenor haramain (dua tanah suci, Makkah dan Madinah) mengeluarkan arahan kepada seluruh jemaah haji, agar setelah kembali ke kampung halaman masing-masing segera mempersiapkan diri untuk menyambut perayaan maulidur di mana saja berada,dan bahawa mulai pada tahun 580 Hijriah (1184 M) tanggal 12 Rabiul-Awal dirayakan sebagai hari Maulid Rasul dengan berbagai kegiatan yang membangkitkan semangat umat Islam.Namun perlu diingatkan disini bahawa sambutan yang dilakukan Al-Ayubi ini mendapat tentangan dari para ulama .
· PENGHAYATAN SIRAH
- KONTEKS SEORANG PELAJAR
Banyak hadith dan perjalanan sirah Rasululllah menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu dan berusah untuk mendapatkan,antaranya:
Nabi SAW bersabda:
“ Menuntut ilmu adalh wajib bagi setiap orang Islam”
Sabda Baginda lagi:
“Sesiapa yang keluar menuntu ilmu, ia berada di jalan Allah sehinggalah ia pulang”
“Sesiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mudahkan jalan untuk ia ke syurga”
Di samping itu juga, adanya peringatan terhadap penuntu ilmu agama sebagaimana sabdanya:
“Sesiapa yang menuntut ilmu yang sepatutnya dpelajari demi keredhaan Allah,tetapi ia mempelajarimya untuk habuan dunia,pasti tidak akan menghidu bau syurga, sedang bau syurga dapat dihidu dalam jarak sebulan perjalanan”
· LANGKAH UNTUK MENGHAYATI SIRAH
§ Mencintai Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda :
“ Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingalah ia mencintai daku melebihi dirinya, ibubapanya bahkan sekalian manusia “
§ Mempelajari dan mengkaji sirah Nabi SAW, termasuk hadith-hadith. Ini akan wujud pabila kita mencintai Rasululllah dan memahami tujuan serta matlamat pengutusan Rasul. Hasil dari kecintaan terhadap baginda, akan mendorong kita untuk mengetahui sirah Rasulullah.
§ Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW, dan paling utamanya berdoa agar baginda memperoleh kuasa untuk syafaat dan kedudukan terpuji.
§ Menghadiri majlis-majlis ilmu
PENUTUP
Rasulullah adalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah kepada umat manusia. Oleh itu, patutlah segala corak kehidupan baginda SAW dikaji dan difahami serta diambil iktibar dalam seluruh aspek kehidupan manusia, lebih-lebih lagi dalam ibadah. Pengabaian dalam menghayati sirah Rasulullah akan menyebabkan umat manusia akan mundur dari segi akidah,kekuatan dan pembangunan.
Sabda Rasulullah SAW :” Apa sahaja jika satu sunnah ditinggalkan, maka akan terbuka satu pintu bid’ah yang lainnya”.
Kertas Kerja ini telah disampaikan oleh Ustaz Saiful Azuran Mohamad Nawi,
EMINENT 08.
-"Telah Diringkaskan".