27.5.09

Tahniah Barca Tahniah MU


Rome-27 Mei. Final Liga Juara-Juara kali ini menyaksikan pertarungan menarik antara dua kelab gergasi Eropah. Ternyata percaturan Pep Guardiola berhasil. Kemenangan 2-0 ke atas Man United sudah nyata dan dimuktamatkan oleh Eto'o dan Messi. Barca layak digelar juara kerana persembahan yang konsisten dan menarik.
Tahniah & Tahniah juga kepada penyokong-penyokong Barca yang berada di sekitar Maarad, Sg. Kubri, Syberbay dan sewaktu dengannya.
Man United cuba lagi tahun depan.
kami tetap MU

17.5.09


cafe scan - Tahniah sekali lagi kepada Manchester United kerana memberi kepuasan kepada penyokong-penyokong dengan menghadiahkan kemenangan Juara EPL petang semalam.
Walaupun hanya sekadar seri 0-0 dengan Arsenal tetapi cukup untuk digelar juara kerana Liverpool yang pool, tempat ke dua carta itu tidak akan berjaya memintas MU lagi.
Kali ketiga berturut-turut mengungguli carta liga EPL. Memang mantap MU.
Kepada penyokong kelab-kelab yang sewaktu dengan MU, boleh lah menukar selera untuk menyokong MU.
EPL. Jumpa lagi tahun depan.

16.5.09

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum cikgu-cukgi yang disayangi sekalian.
Selamat Hari Guru ku ucapkan kepada semua guru dan guru yang pernah mendidik aku. Bermula di sekolah rendah hinggalah sekolah menengah berhempas pulas mendidik anak-anak murid yang pelbagai ragam.
Kepada cikgu Sek. Kebangsaan Tok Keling, Sek Arab Taklimiah Khairiah Alor Setar, Sek Arab Yayasan Khairiah Baling, Al Hidayah Sg. Petani dan sewaktu dengannya khususnya di Malaysia lah.
Doakan kami berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat dan kami pon tidak akan lupa jasa baik guru.

11.5.09

HAPPY NURSE'S DAY


Dirayakan di seluruh dunia setiap 12 Mei.

Merayakan hari ini adalah untuk mengingati semua yang berharga dari mereka kepada masyarakat. Ucapan khas kepada teman semoga kau terus tabah mengharungi dan mendalami bidang ini supaya kau berguna kepada agama dan bangsa dan ucapan terima kasih ini juga kepada semua perawat.

Semoga segala jasa baik itu akan diganjarkan oleh Allah Taala kelak. amin..

10.5.09

Selamat Hari Ibu


Hari ini hari ibu, walaupun tidak melihat ibu saya sejak 3 bulan lalu. Hanya di blog ini saja ku ucapkan Selamat Hari Ibu untuk mak dan semua ibu di Malaysia dan dunia, semoga sihat selalu dan selalu dalam perlindungan-Nya. Maafkan anakmu ini yang selalu buat salah kecik-kecik dulu. Anakmu ini jauh diperantauan. Sedang mencari jati-diri. Tanpa mu ibu siapa lah diri ini yang membawa ku ke kehidupan dan menjadikan ku seperti saat ini. Walaupun jauh beribu batu tetapi tidak pernah ku lupa.
I love You .. walaupun ku tidak pernah berkata begitu ..

6.5.09

Salam Imtihan


Salam imtihan untuk sahabat sekalian. Tidak sampai sebulan saja lagi kita warga azharian semua akan menduduki imtihan semesta II yang menjadi penentu sejauh mana bersedianya kita. Bagi saya semesta ini hanya 4 madah saja yang hanya bermula seperti berikut.

25 Jun 09- -bahas fiqh muqaran
1 Julai 09- -bahas fiqh syafie
3 Julai 09- -fiqh syafie
6 Julai 09- -al-quran
14 Julai 09- -syafawi al-quran

Saya berdoa semoga kita semua berjaya di dalam imtihan dan dunia akhirat.
amin